“Cepat sentap cepat sensitif, takyah lah kot jadi PM” – Netizen

Beberapa hari lepas, negara kita telah menyaksikan satu perubahan dalam pentadbiran negara apabila Perdana Mnteri ke lapan iaitu Tan Sri Dato Haji Mahiaddin Bin Md Yasin telahpun meletakkan jawatan. Setelah Tan Sri Dato Haji Mahiaddin Bin Md Yasin meletakkan jawatan, negara masih lagi dalam di lema untuk memilih salah seorang pemimpin yang bakal mengisi kekosongan jawatan Perdana Mnteri itu.

Beberapa nama telah menjadi sebutan dan bakal di letakkan sebagai senarai akhir sebelum di sahkan perlantikan ke jawatan Perdana Mnteri. Bagaimanapun di sebalik kekecohan pemilihan calon untuk jawatan tersebut, usahawan terkenal Dato Aliff Syukri turut tidak ketinggalan untuk mencalonkan diri beliau sendiri bagi jawatan Perdana Mnteri.

Impian dan cita- cita Dato Aliff Syukri itu walaubagaimanapun telah di persendakan oleh para peminat malahan Dato Aliff Syukri juga telah menerima kecaaman serta komen – komen lucu dari kalangan netizen yang mengusik hasrat beliau itu.

Tidak cukup dengan itu, hasrat beliau itu juga sebenarnya telah menerima bantahan keras daripada ibu kandung beliau sendiri iaitu Bonda Rozita Ibrahim.

Terkini, Dato Aliff Syukri telah berbicara mengenai hasrat beliau untuk menjadi salah seorang calon Perdana Mnteri itu bersama pelawak dan pelakon Zizan Razak apabila mereka berdua telah mengadakan sesi siaran langsung di Instagram mereka.

Walaupun usahawan kosmetik itu sedar hasrat beliau tidak mendapat sokongan netizen namun beliau tetap tidak berputus asa dan mengadakan perbincangan bersama pelawak terkenal itu untuk mendapatkan nasihat.

Dato Aliff Syukri berkata sekiranya beliau berjaya menjadi seorang Perdana Mnteri, beliau akan melantik Zizan Razak sebagai Timbalan Perdana Mnteri. Sesi siaran langsung mereka berdua telah di tonton oleh ribuan pengikut akaun Instagram masing- masing dan menerima pelbagai reaksi netizen terhadap hasrat Dato Aliff Syukri itu.

https://www.instagram.com/tv/CSuOABKJQS8/?utm_medium=share_sheet

Namun begitu di pertengahan perbincangan, Dato Aliff Syukri mendedahkan bahawa beliau terasa hati dengan komen Zizan kerana pelawak tersebut seakan tidak bersetuju dengan niatnya yang mahu menjadi Perdana Mnteri.

Hal berkenaan telah membuatkan Dato Aliff Syukri berkongsi video sesi siaran langsung itu di Instagram beserta caption yang menyatakan rasa kecewa dan sedih terhadap maklum balas pelawak tersebut. Dato Aliff Syukri juga telah mematikan sesi siaran langsung mereka berdua kerana terasa dan kecewa apabila merasakan Zizan menyindir dirinya.

Menerusi Instagram Story Zizan, pelawak tersebut telah membuat permohonan maaf terhadap Dato Aliff Syukri dan menjelaskan bahawa beliau hanya ingin menerangkan kriteria yang di perluukan untuk menjadi seorang Perdana Mnteri. Namun Dato Aliff Syukri tidak berpuas hati dan merasakan beliau menyindir usahawan kosmetik berkenaan.

Rata-rata netizen berkata gelagat Dato Aliff Syukri di dalam sesi siaran langsung itu cukup mencuit hati dan membuatkan mereka merasa terhibur. Gurauan pelawak Zizan Razak yang melayani hasrat Dato Aliff Syukri semasa sesi siaran langsung itu juga cukup lucu dan menghiburkan.

Berikut dikongsikan beberapa komen – komen netizen terhadap reaksi Dato Aliff Syukri dan juga sesi siaran langsung tersebut.

“Calon PM DSAS.. Nanti kena kcam dengan rakyat nngis nanti nngis. Dalam parlimen kena bantai dengan pembngkang nanti nngis nanti nngis..” – Netizen

“Nak jadi PM kena hati kering dato, kalau setakat tuh nk kecik hati. Baik teruskan business jelah dato. Tuh belum lgi kena tiikam sama sendiri.” – Netizen

“apooooo nak jadi pm sikit2 merajuk , belum lagi bab rakyat maaki . haaaa baru sikit kau nak handle. kau nak handle berjuta2 orang , mcmnaa laa dato ?” – Netizen

Hasrat Dato Aliff Syukri memang luar biasa kerana beliau antara orang pertama yang menyatakan hasrat untuk menjadi Perdana Mnteri dengan cukup berani walaupun menerima pelbagai rintangan.

Tidak salah untuk mencuba, semua orang pun berhak untuk merealisasikan impian dan cita- cita. Ramai orang yang juga bercita – cita untuk memegang jawatan tertinggi dalam negara itu. Semoga berjaya Dato.

Sumber : Instagram Dato Aliff Syukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!