“Haha perempuan semua betul”- Uqasha Senrose

Cahaya mata adalah anugerah dan amanah dari Allah yang dipertanggungjawab oleh ibu bapa untuk mengasuh dan mendidik mereka. Bila melihat pada gelagat comel anak-anak, ia adalah satu kebahagiaan buat semua ibu bapa. Setiap ibu bapa sudah tentu mahukan anak mereka membesar dengan cerdik dan sihat seiring dengan usia anak anak mereka.

Bagi pelakon Fizo Omar, hubungannya bersama anak tunggalnya iaitu Maryam sangat rapat malah Maryam cukup manja dengan bapanya. Hasil perkahwinan Fizo bersama bekas isterinya Mawar Karim, mereka dikurniakan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Walaupun Fizo dan Mawar sudah berpisah, mereka masih berbaik demi anak mereka. Jika dilihat pula pada hubungan Fizo dan Maryam, mereka kelihatan akrab dan Fizo sering berkongsi video momennya bersama Maryam menerusi laman instagramnya.

Baru-baru ini juga, Fizo berkongsi video lucu menunjukkan gelagat comel anaknya yang menyanyikan lagu “Allah Selamatkan Kamu” buat pengikut-pengikutnya di Instagram.

Lebih lucu lagi apabila Maryam terus merajuk dengan bapanya selepas ditegur salah menyebut ayat. Nampaknya Maryam dah ada tanda-tanda perempuan semua betul ni..

Selain itu, netizen kelihatan terhibur dengan gelagat Maryam yang cuba mahu jadi ‘betul’ dan gelagat merajuk dengan bapanya.

Rakan rakan artis termasuklah Uqasha Senrise turut mnggalkan komen selepas melihat reaksi Maryam menerusi video berkenaan.

“Comel lah che yam, semalat pun semalat lah janji perempuan memang betul haha”- Netizen

Manja betul Cik Yam dengan Fizo ye, seronok tengok dua beranak ni. Yang penting, perempuan memang selalu betul macam Cik Yam…

Sumber: Instagram fizoomar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!