“Ni rumah yg kat Cyberjaya tu ke”- Netizen

September lalu, pernah media melaporkan tentang dekorasi rumahnya yang dibeli dengan hasil titik peluhnya sendiri apabila dia berkongsi video akan rupa kediamannya itu yang sedang dibahsuai. Memang nampak cantik dan mewah rumah Shila Amzah. Tak kurang netizen yang mengucapkan tahniah dan teruja dengan penyanyi itu apabila berjaya membeli aset berharga itu sendiri yang juga daripada hasil titik peluhnya.

Begitupun pada Disember tahun lalu juga, tup-tup media berkongsi bahawa Shila mendedahkan sudah dua bulan keluar dari rumahnya itu dek rumahtangganya yang bergolak. Selama itu juga dia dan anak tunggalnya menumpang di rumah ibu bapanya di Langat, Selangor.

Ketika itu, kata Shila dia sudah failkan pencer4ian, namun proses tersebut masih berjalan kerana bekas suaminya, Haris Idraki Elias  mahu memanjangkan perkara itu. Beritahu Shila, memiliki rumah di Cyberjaya, namun dia dan anak tidak selesa pula ke rumahnya kerana si dia ada di situ masa itu.

Sedihnya ketika tinggal sementara di rumah ibu bapanya, kediaman mereka pula dilanda bnjir, hingga sekeluarga terpaksa pula menumpang di rumah ibu saudara Shila. Bayangkanlah dengan segala dugaan perlu diharunginya.

Berkongsi keadaan rumahnya di Cyberjaya itu semalam, sudah pasti kini Shila seakan dapat menarik nafas lega selepas dapat pulang ke rumah sendiri. Ya, 8 Februari lalu, Shila mendedahkan tentang dirinya yang sudah sah berpisah dengan suaminya selepas selesai bicara k3s di mhkamah.

Pasti kini kehidupannya melalui fasa yang lebih stabil selepas dapat kembali berada di kediaman sendiri. Home sweet home kata orang. Apatah lagi sebelum ini netizen mengikuti perkembangan hidup Shila, pasti maklum akan kerinduannya untuk kembali ke rumahnya itu.

Di hantaran Shila itu, ada pula yang bertanya sama ada rumah yang ditunjukkannya adalah yang di Cyberjaya itu sebelum ia disahkan oleh dirinya. Ramai yang mengucapkan tahniah kerana kembali dapat tinggal di situ.

“Masyallah, So happy for your sis”, “Enjoy your life sweetheart… Senyum mu sgt manis”, “Alhamdullilah. Happy for u if u got back yr house at cyberjaya”, “Beautiful house hunny”,

“Enjoy ur life & eat rambutan”, “cantik dan bersih.. Love u Sha..”, itu antara komen netizen kepada Shila yg juga anak kepada penyanyi dan pelakon, ND Lala ini.

Untuk info, Shila dan Haris mendirikan rumah tangga pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun. Pada 8 Februari 2022, Shila sah bercer4i selepas 4 tahun mendirikan rumah tangga.

Shila merupakan satu-satunya penyanyi kelahiran negara Malaysia dengan jualan lagu Mandarin tertinggi di Hong Kong, China dan Taiwan menjadikan dia artis Melayu pertama yang berjaya di ketiga-tiga negara tersebut.

Kemahsyuran yang diterima Shila membuatkan akaun Weibonya kini mempunyai 2.5 juta pengikut dan akaun Instagramnya kini berjumlah 2 juta pengikut.

Sumber : IG Shila Amzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!