“Kasut tercabut berkaki ayam masuk hotel”- Bonda Rozita

Bonda Rozita, dikenali dengan keperibadian yang ramah dan baik hati. Juga humble meskipun usahawan yang berjaya. Ketika menghadiri majlis perkhawinan temannya, beliau memakai kasut yang agak lama tidak digunakan. Sehinggakan kasut tersebut lekang dan tercabut tapaknya. Bagaimana nak selesaikan masalah berikut, tak kan ada yang membawa kasut lebih dan muat dikaki beliau.

Penyelesaiannya, memang Bonda ada kasut gantian, tetapi ketika itu di hotel. Jadinya beliau masuk ke dalam bilik khas jemputan orang kenamaan untuk bersua pengantin semasa tidak berkasut.

Nasib baiklah jubah labuh, katanya. Buat malu sahaja. Namun sebenarnya, pengantin tidak tahu pun.

Walhal, jika diketahui pun. Tidak ada yang malunya. Bukan dapat dijangka, kasut itu mahu tertanggal. Sudah lekang dari tapaknya.

Keperibadian Bonda yang membuatkan orang ramai merasa selesa dan disebabkan itulah rezekinya mencurah-curah.

Mengelarkan dirinya sebagai “orang hutan”, namun ia lebih kepada menjadi diri sendiri. Sikapnya tidak suka berbelanja dan tidak boros lebih membuatkan pengikut ramai mengikuti perkembangan beliau.

Ramai yang berkongsikan kisah dan pengalaman yang sama dan hampir sama dengan Bonda. Kerana Bonda bertanyakan jika ada yang merasai pengalaman sebegitu.

Netizen juga memberikan kisah pengalaman mereka di ruangan komen. Malah, cerita yang tidak sama pun ada juga. Ini antara pengalaman mereka diruangan komen.

Bonda sentiasa berada di rumah hutan jika tidak ada jemputan ke majlis. Rasanya ramai sudah hadir dan merasai makanan di rumah hutan.

Sumber: ig bondarozitaibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!