“Nana teringat zaman AF, akak nangis tgk Nana ni pun sebak lagi”- Netizen

Bawang Live rancangan bicarawara secara bersiaran langsung, tetapi kini akan ditamatkan siarannya. Jadi, 4 tahun mengacara, pengacara terakhir iaitu Nana Mahazan. Sedikit sebak dan hiba kerana nyanyian Shamel mengusik hati Nana. Nyanyian terakhir kapsyen Shamel di ig beliau membuat ramai tertanya apa yang terakhir. Rupanya khidmat Nana di Bawang Live, akan berhenti ekoran kerana Bawang Live tidak akan ada episod baru lagi.

Nama sebenar Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita Malaysia. Beliau lebih aktif sebagai pengacara dan penyampai radio. Giat aktif di radio era, dan mengacara beberapa rancangan.

Nana menceburi bidang hiburan sewaktu menyertai program realiti TV, Akademi Fantasia Musim 1 pada tahun 2003. Tetapi tidak berjaya hingga ke peringkat akhir. Namun tidak bergenti disitu, Nana kekal mendapat tawaran mengacara dan menjadi penyampai radio kerana petah bercakap.

Nana yang mempunyai dua cahaya mata, Athea dan Aqib, hasil perkongsian hidup bersama Mohammad Rakiem Brian Abdullah terus kekal dan maintain membina nama di dunia seni. Tidak berjaya didalam bidang nyanyian tetapi berjaya di dalam bidang pengacaraan dan sebalik tabir.

Mengapa sebak semasa hari akhir di Bawang Live? Mestilah. Lama berkhidmat dengan rancangan tersebut, lalu ia mengumumkan akan berhenti terus dari bersiaran. Jadi sebagai pengacara yang setia, pasti ada sedikit sebak menjengah. Apatah lagi seorang wanita, yang mudah tersentuh jiwanya.

17 tahun berkecimpung didalam dunia hiburan, meskipun nama tidak besar tetapi ada nama disisi peminat dan pengikutnya. Hasil dari mengacara lebih banyak dari menyanyi, namanya dapat membolosi senarai top 20 kategori Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33. Itu sudah memadai tersenarai.

Mengakhiri tahun 2021, Nana tampil berhijab dan kini mendapat banyak tawaran menjadi pengacara. Syukur, melimpah ruah rezekinya semenjak berhijab.

Semoga terus istiqomah. Pengikut di ig lebih 791 ribu, semoga nana dimurahkan rezeki.

Takpalah nana jika tiada lagi Bawang Live, mungkin selepas ini ada Halia Live pula.

Sumber: IG nanamahazan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!