Tak percaya sindr0m anak kedua, Dr Sheikh sabar didik anak ikut karakter masing-masing

Nama Dr Sheikh Muszaphar dikenali sebagai angkawan pertama negara. Namun menyingkap kehidupan peribadi beliau, Dr Sheikh bukan sahaja mempunyai kerjaya professional sebagai seorang doktor malahan Dr Sheikh juga pernah menjadi seorang model, penceramah motivasi serta penulis buku. Dr Sheikh mendirikan rumahtangga bersama Dr Halina pada 2010 dan sehingga kini mereka berdua telah dikurniakan 6 orang anak dimana 4 daripadanya adalah pasangan kembar.

Melihatkan personaliti Dr Sheikh sebagai seorang suami dan bapa yang mithali, rata-rata peminat sangat mengagumi keperibadian yang dimiliki oleh angkawasan pertama negara itu. Keperibadian Dr Sheikh sangat hebat kerana mampu mengimbangkan antara kerjaya dan keluarga dengan cukup baik.

Menggalas tanggungjawab membesarkan 6 orang anak yang sedang dalam peringkat kanak-kanak dan bayi bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak pengorbanan dari segi masa, usaha dan tenaga diperluukan demi memastikan anak-anak mendapatkan input yang terbaik daripada ibu bapa.

Bagaimanapun naluri seorang bapa penyayang dan bertanggungjawab yang dimiliki oleh Dr Sheikh membuatkan orang ramai sering mendapatkan nasihat mengenai cara mendidik anak serta ilmu keibubapaan daripada beliau.

Dr Halina cukup bertuah dikurniakan suami seperti Dr Sheikh. Beliau juga tidak lokek berkongsi ilmu di media sosial dan turut memanfaatkan sebaiknya platform yang ada dengan berkomunikasi dan menyebarkan ilmu tersebut kepada masyarakat untuk kebaikan bersama.

Menerusi instagram, terkini Dr Sheikh telah kongsikan aktiviti anak keduanya bersama para pengikut akaun instagram beliau. Video berkenaan memaparkan anak keduanya Tasha sedang membaca surah Al-Ahdiyat.

Menurut Dr Sheikh anak keduanya itu mengambil masa selama seminggu untuk menghafal surah Al-Ahdiyat dan keadaan tersebut menuntut kesabaran yang sangat tinggi daripadanya untuk mengawasi anaknya itu.

Kongsi Dr Sheikh lagi, beliau perlu menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menguruskan Tasha. Menurut Dr Sheikh anak sulungnya Bella mempunyai kelebihan dari segi pendengaran. Bella sangat mudah mengikuti sesuatu dengan hanya mendengar manakala Tasha pula berbeza daripada kakaknya kerana perlu menggunakan kaedah secara melihat.

Dr Sheikh berkata Tasha dapat buat dengan lebih baik sekiranya melihat perkara tersebut di hadapannya sebagai rujukan. Namun begitu anaknya itu juga cepat terganggu apabila melihat sesuatu yang menarik dihadapannya menyebabkan Dr Sheikh perlu memastikan tiada sebarang gangguan di dalam bilik ketika sesi pembelajaran bersama anaknya itu.

Menurut Dr Sheikh lagi, Tasha tidak boleh duduk diam walaupun untuk 20 minit dan sentiasa berfikir untuk merancang perkara yang beliau akan lakukan seterusnya menyebabkan Dr Sheikh sentiasa perlu mencari sesuatu yang Tasha sukai demi menarik minat anaknya itu.

Melihatkan ciri-ciri yang dinyatakan oleh Dr Sheikh terhadap sikap Tasha, Dr Sheikh sempat menyangkal dakwaan bahawa beliau tidak mempercayai sindrom anak kedua dan meminta para pengikut beliau juga tidak mempercayai perkara yang kurang berasas tersebut.

Menerusi ruangan komen, para pengikut Dr Sheikh berkata mereka turut merasa sejuk hati melihat Tasha yang sudah pandai menghafal surah Al-Ahdiyat. Netizen rata-ratanya juga turut bersetuju dengan pandangan Dr Sheikh bahawa setiap anak-anak mempunyai kelebihan mereka tersendiri.

Netizen juga turut berkongsi pengalaman dan cara mereka tersendiri untuk berjaya. Berikut dikongsikan komen-komen netizen terhadap perkongsian Dr Sheikh.

“Sebenarnya kita yg lebih banyak belajar dengan anak2…. tahniah Dr….tekun n sabar dlm mendidik. ..kagum dengan cara Dr … semoga semua anak2 menjadi anak yg soleh solehah” – Netizen

“Macam saya, saya lebih mudah hafal surah2 bila saya bergerak. Bila duduk diam, saya tak mampu nak fokus menghafaz. Mula dulu ibu ayah marah juga bila tengok saya tak boleh duduk diam bila menghafaz.

Sebab ibu ayah, keduanya seorang guru. Tapi, bila ibu ayah perhati semula yang saya lebih cepat menghafaz sambil berjalan ataupun paling kurang ada pergerakan kaki tangan walaupun sambil duduk.

So, ibu ayah just biarkan. Nampak macam tak fokus bila duduk tapi masih bergerak. Sebenarnya itu antara cara untuk hilangkan bosan & mengantuk bila kena duduk diam.

Sebab bila duduk diam macam patung, jadi cpt mengantuk & bosan sampai tahap apa yg dihafaz tak mampu nak diserap & difahami pun sebenarnya. Cikgu-cikgu yang mengajar dlm kelas sy dulu pun biar je saya bergerak yg penting jgn ganggu kwn2 sekelas yg tgh fokus. Sbb cikgu-cikgu dah test saya.

Kwn2 sekelas yg btl fokus sampai x bergerak tgk & dgr apa cikgu ajar kat dpn, saya yg duk bergerak buat mcm2 kerja sambil cikgu mengajar kat dpn. Bila cikgu tanya mcm2 soalan, banyak sy je yg jwb. Yg lain bila cikgu tanya, x dpt jwb.

Sesekali bila ibu ayah round ke kelas sy tgk mcm mana sy dlm kelas time cikgu lain mengajar, mula ibu ayah marah, rotan denda juga sy. Lps tu, cikgu yg mengajar terangkan keadaan & cara sy belajar x blh duduk diam.

Pernah cikgu2 tegur & suruh sy duduk diam time cikgu mengajar. Last, result sy jatuh teruk. Start tu, cikgu2 fhm. Sy bkn jenis yg blh belajar dgn cara duduk diam. Aahhaaa….saya anak sulung. Maybe tasha juga jenis mcm tu. Jenis belajar dgn cara bergerak.” – Netizen

Semoga dengan pendedahan dan pencerahan daripada Dr Sheikh ini mampu membuka mata masyarakat bahawa setiap anak mempunyai keistimewaan mereka masing-masing.

Mudah-mudahan selepas ini sudah tiada lagi mitos anak kedua yang kurang tepat seperti yang sering dihebohkan sebelum ini.

Sumber : ig drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!