“Abang Johan idola sy, terharu sbb Abg Johan kenal saya ” – Ryan Bakery

Bertemu dengan idola tentulah teruja dibuatnya apatah lagi tatkala dapat bertentangan empat mata. Itu yang dikongsikan personaliti media sosial yang kini sedang ‘hangat di pasaran’, Ryan Bakery apabila dapat berjumpa pelakon komedi, Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz dan merakam video bersama. Terpancar air muka teruja betul dalam momen itu.

Dalam kapsyen hantarannya, Ryan berkongsi yang dirinya rasa terharu apabila Johan yang sudah senior dalam komedi mengenali dirinya yang baharu amatur dalam bidang yang sama.

Mengungkap bahawa Johan juga salah seorang daripada idola dirinya, kata Ryan, pelakon itu menjadi inspirasinya sebagai seorang penghibur. Betul-betul teruja ni… lihatlah air muka Ryan tu…

Tak kurang netizen di ruangan komen yang menegur bahawa nampak dari matanya yang ‘berkaca’ seakan Ryan sebak ketika pertemuan tersebut, apatah lagi ketika menyentuh genggaman tangan dan memeluk Johan.

“Gila johan tak kenal kau dik , video throwback kau pun menggamit kenangan zaman aku kecik ii dahulu”, “Bila kita x lupa diri.. insyaAllah.. contoh johan..dari dulu sampai kini.. sama jer.. sentiasa humble..”, “Berkaca mata tu.. Kata gster.. ”, “Insan2 humble dgn jiwa dan bakat seni yg besar ”. Itu antara komen netizen.

Deky Ryan sering menghiburkan netizen dengan watak di zaman kanak-kanak dan remaja yang acah-acah ‘gster’, tak kurang yang mengusik dirinya dilihat sepatutnya berperwatakan demikian, tapi ini nampak mata berkaca pula.

Pasti betul-betul terharu dirinya apabila dapat bertemu Johan tu… Apa pun di ruangan komen hantarannya itu juga sempat Johan men1nggalkan coretan balasnya buat Ryan yang bikin ramai juga mengiyakannya.

Barangkali juga terharu dengan Ryan yang ‘mengangkat’ dirinya, Johan menitipkan pesan agar pemuda 27 tahun itu mengambil yang baik dari dirinya sembagai tauladan dan bur0k sebagai sempadan.

Johan juga meminta Ryan meneruskan apa sedang dilakukannya untuk menghiburkan orang ramai dan tidak mempedulikan kec4man orang kerana takkan boleh memuaskan hati semua orang.

Yang penting tambah Johan agar Ryan menjadi diri sendiri dan teruskan dengan apa sedang dilakukannya itu. Johan turut mengucapkan selamat maju jaya dan menyatakan sokongan daripada dirinya buat Ryan.

Wah untunglah Ryan kan… baru berkecimpung dalam bidang komedi melalui media sosial ni rasanya tak sampai setahun ini, dah ramai artis terkenal sebelum dirinya pun kenal dan mengambilnya untuk bekerjasama kan…

Sudah tentu ia pun dek hasil kerja kerasnya sendiri yang menghasilkan banyak konten menarik perhatian netizen, tambahan pula ada yang menyentuh hati. Ramai berharap Ryan terus dengan jiwa humble nya selepas ni…

Sumber : IG Ryan Bakery

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!