“Dalam dressing room pun boleh lelap”-Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa tabiat suka tidur ni memang ada dekat semua orang. Kadang-kadang tu, tanpa kita sedar kita terlelap dan tertidur. Lebih-lebih lagi kalau taka da nak buat, duduk je terus tertidur. Kadang tu, tengah study atau main telefon pun boleh tertidur kan. Geram betul dibuatnya.

Kalau taknak terlelap macam tu, kenalah minum kopi. Barulah boleh segar sikit mata tu. Takdalah tiba-tiba je tertidur. Tak jadi kerja dibuatnya, dari plan nak buat kerja, terus tak jadi sebab terlelap tanpa sengaja. Jangan biasakan macam ni, nyesal nanti.

Ada dimuat naik video lucu Rahim R2 yang selalu saja terlelap. Haa, ni mesti sebab asyik tak cukup tidur ni, sebabtu boleh terlelap pada bukan tempatnya. Sememagnya gelagat Rahim itu sangatlah melucukan para netizen.

Mulanya kelihatan Rahim yang terlelap dalam bas, tapi kena pula sakat disuapnya makanan ketika beliau baru saja nak terlena. Kalau dalam bas tu, normal lah terlelap dan tertidur sebab takde apa nak buat kan, bosan juga.

Nakal betul member dia yang sakat suap makanan tu. Kacau orang nak tidur betullah. Tapi, bukan sekali je tau beliau terlelap, malah berkali-kali. Geng-geng dj mesti dah tahu kan macam mana telatah dan tabiat Rahim ni.

Yang paling lucunya gelagat Rahim yang dalam dressing room pun boleh terlelap ye. Aik, kalau macam ni dah melampau ye. Penat sangat agaknya lepas main game bola persahabatan sebab tu boleh terlelap dekat situ kot.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan gelagat sebegitu gaya. Bukan biasa-biasa ye, dalam dressing room pun boleh terlelap. Taktahu lah tu sebelum ataus selepas match. Nasib baik tak terlelap time match sudah lah.

Tapi, memang ada pun kan orang yang mudah terlelap ni, kadang tu tengah-tengah meeting pun tersenguk-senguk je kepala tu. Macam tu jugalah ketikak di zaman belajar dulu, tersengguk-sengguk dalam kelas time cikgu mengajar.

Jadi, haruslah kita mempunyai rutin tidur yang secukupnya supaya badan ni tak lemah sewaktu sedang melakukan sesuatu perkara. Time tidur, kita tidur bukan nya tidur lewat dan main phone atau sebagainya. Betul tak ?

Sumber : Ig Sinar_my

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!