“MasyaAllah, terdiam sekejap nak jawab”- Saharul Ridzwan

Setiap anak perlu dididik dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa. Bukan sahaja menerima ilmu di sekolah, ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan ilmu kehidupan dan ilmu agama buat anak-anak di rumah. Lebih penting, ilmu agama haruslah diterap kepada anak-anak sepanjang mereka membesar. Bak kata pepatah ada menyebut, biarlah melentur buluh dari rebungnya.

Seperti pelakon Saharul Ridzwan, beliau antara pelakon yang sudah bergelar bapa kepada dua cahaya mata. Saharul sentiasa berkongsi aktiviti berfaedah bersama anak menerusi laman Instagram.

Saharul sering berkongsi gambar membaca Al-Quran bersama anak lelakinya, Ali. Dan ternyata Saharul antara selebriti yang boleh dijadikan contoh buat golongan bapa yang lain untuk mendidik anak-anak.

Baru-baru ini, Saharul berkongsi kisah anaknya, Ali menerusi kapsyen di salah sebuah foto yang dimuatnaik di Instagram.

Walaupun baru berumur empat tahun, soalan yang ditanya Ali benar-benar mengejutkan bapanya. Siapa sangka, soalan Ali menanyakan tentang kewujudan Allah SWT membuatkan anak kecil ini sudah pandai berfikiran matang walaupun usia baru setahun jagung.

“Baba, Is Allah so small? Thats why we cannot see Allah? But Allah can see us right, where is Allah?”, tanya Ali.

Kemudian, Saharul dengan tenang menjawab soalan anaknya dengan jawapan yang sesuai untuk difahami pada umur Ali yang sekarang.

Bagi Saharul, tanggungjawab sebagai ibu dan bapa sangat besar untuk memberi keyakinan kepada anak-anak supaya mereka tahu tentang kewujudan Allah.

Dalam pada itu, ruangan komen dipenuhi dengan pujian netizen terhadap sikap Ali yang cukup matang berfikir. Rata-rata netizen juga turut memuji sikap Saharul yang sesuai dicontohi buat golongan ibu bapa di luar sana.

“Nampaknya Ali seorang yang mempunyai critical thinking”- Netizen

“Pandai sungguh Ali berfikir begitu, bagus”- Netizen

“Bagus Saharul didik anak dia, kita sebagai ibu bapa pun kena contohi dia”- Netizen

Posting Saharul telah menerima hampir 73,000 tanda suka dan ratusan komen dari netizen.

Alahai bagusnya Ali, pemikiran betul betul matang walaupun usia Ali baru masuk empat tahun. Betul lah irang kata, biarlah melentur buluh dari rebungnya. Ibu bapa kena sentiasa didik anak-anak di rumah walaupun mereka dah terima pendidikan di sekolah.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!