“Amboi pinggang kerengga dia onz helok” – Netizen

Orang dah cantik lawa, buat apa pun pastinya setiap gaya dan pergerakan tubuhnya akan menancap pandangan mata lebih-lebih lagi dalam kalangan netizen yang hanya melihat melalui maya. Dari situ macam-macamlah yang ditafsirkan mengikut fahaman sendiri. Itu yang dapat dilihat tatkala selebriti terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta berkongsi foto dirinya dan suami ketika menghadiri sebuah majlis.

Berpakaian serba biru muda dari tudung hingga gaun dipakainya, tidak dinafikan Che Ta dilihat helok bergaya di samping suaminya, pelakon, Zain Saidin. Begitupun, saiz bajunya yang diperkatakan ketat menarik perhatian ramai.

Tak kurang yang menegur tentang gaunnya itu yang dikatakan terlalu mengikut bentuk badan, bahkan ada yang mendakwa nampak sesuatu ‘hak milik’ wanita padanya yang patutnya tidak ditonjolkan.

“Tu nampak V….longgarkan sikit che ta…hrp perempuan je yg tgok…ramai dah tegur ni”,  “Nampak tundun tu Che taa.. Maalunye saya tgk”. Itu antara komen netizen.

Apa pun barangkali bolehlah netizen husnuzon apa dipandang hanya ilusi atau tuan punya badan sendiri tidak menyedarinya. Anggap elok saja dan doakan yang baik-baik untuknya dan kita semua sudahlah ya.

Turut menarik perhatin netizen ialah tentang ukuran pinggangnya yang dikongsi Che Ta. Dia sendiri mengakui saiz pinggangnya kecil sekali, bahkan perut pun leper sahaja. Mesti ramai wanita di luar sana yang jealous kan…

Masakan tidak dikagumi, biarpun umurnya hampir mencecah 50 tahun, Che Ta masih mengekalkan bentuk figuranya sedemikian rupa, di saat ramai wanita di luar sana kurang ambil pusing tentang saiz tubuh sendiri.

Begitupun, Che Ta dalam kapsyen hantarannya itu menyebut ramai mengakui dan melihat yang saiz pinggangnya kecil betul, sementara perut pun leper di kala usianya sedemikian dek memakai sejenis sut.

Siapa yang tidak tahu tentang Che Ta yang cukup menjaga penampilannya apalagi ketika tampil di khalayak. Dia juga sebelum ini pernah berkongsi yang dirinya mengamalkan minum sejenis jus.

Antara yang menu jus dikongsikannya ialah campuran hasil kisar buah epal hijau, beri hitam, kurma dan delima dicampur dgn air rebusan asam keping. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih je kan. So, jangan cemburu tengok Che Ta kuruih ja na…

Sumber : IG Che Ta

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!