“Tak maati pun tak makan durian jenis ni, nk tlg orang dgn mkn durian” – Netizen

Menyedari ramai yang telah terjejas pendapatan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan, Azza Elite telah menggunakan platform media sosial demi membantu peniaga-peniaga kecil dengan membuat ulasan dan mempromosikan makanan mereka. Dalam keadaan ekonomi negara yang kurang memberansangkan, ramai peniaga-peniaga kecil yang terjejas pendapat mereka. Sebagai seorang artis yang dikenali, Azza telah menggunakan pengaaruhnya untuk mempromosikan beberapa pr0duk daripada para peniaga kecil ini termasuk lah membuat satu ulasan mengenai durian.

Niat beliau tidak lain tidak bukan hanyalah ingin membantu peniaga-peniaga ini membuat promosi produk mereka menerusi media sosial dan seterusnya mampu meningkatkan hasil jualan serta pendapatan mereka pada masa-masa sukar ini.

Bagaimanapun niat Azza itu telah disalah ertikan oleh netizen apabila beliau telah menerima komen daripada netizen yang kurang bersetuju dengan tindakan beliau mempromosikan buah durian kerana buah berkenaan dikategorikan sebagai antara buah yang mempunyai harga yang agak mahal.

Azza dianggap seolah-olah kurang sensitif dengan keadaan semasa kerana mempromosikan buah durian yang mempunyai harga yang mahal dalam suasana ekonomi yang kurang baik. Menerusi satu entri di instagram, Azza telah memuatnaik tangkap layar komen netizen tersebut dan dikongsikan semula kepada para pengikut akaun instagram beliau.

Menurut netizen itu lagi, buat golongan yang kurang berkemampuan buah durian bukanlah antara keperluan utama dan membeli buah tersebut ketika ini adalah lebih kepada nafsu makan.

Netizen berkenaan juga sempat mengaitkan mengenai isu pekebun h4ram yang menanam buah durian baru-baru ini.

Tidak berdiam diri, Azza menjawab sindiran netizen tersebut. Menurut Azza, beliau menyifatkan individu tersebut mungkin baharu sahaja mengikuti dirinya di instagram dan tidak tahu mengenai ulasan makanan yang dilakukan oleh beliau.

Azza berkata beliau hanyalah ingin membantu golongan peniaga kecil ketika musim pandemik sebegini. Azza juga terkilan kerana ada sahaja individu yang berfikiran negatif dan meminta individu berkenaan agar cuba bersangka baik dengan orang lain.

Menurut Azza lagi, jika beliau mempunyai keinginan untuk makan durian beliau tidak perlu menunggu untuk membuat ulasan kerana kampungnya dikenali sebagai lokasi durian yang paling popular di Malaysia malahan beliau juga mempunyai kebun durian sendiri.

Azza juga sempat berpesan supaya individu berkenaan berlapang dada dan berusaha untuk membantu golongan yang terjejas daripada sibuk mencari kesalahan orang lain.

Tindakan Azza mempromosikan produk makanan mereka sekurang-kurangnya mampu meringankan beban mereka mempromosikan produk mereka itu sendiri lantas menjana jualan produk mereka.

Azza yang juga merupakan anggota kumpulan wanita terkenal 90an iaitu Elite berkata dirinya benar-benar ikhlas melakukan ulasan makanan demi membantu peniaga dan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk mampu untuk menikmati makanan yang mahal seperti buah durian.

Menjengah keruangan komen, rata-rata para pengikut beliau bersetuju dengan luahan Azza terhadap isu tersebut dan menyokong tindakan Azza mempertahankan diri. Berikut dikongsikan komen-komen para pengikut beliau.

“Dgn cara promotion and food reviews by artists or instafamous mungkin juga bleh bantu peniage bumiputra yg kecik-kecilan sebagai pendapatan untuk support keluarga. As customers kita ada pilihan, kalau rasa harga tu mahal sgt, boleh jer survey kat other supplier atau agent. Betul tak…??” – Netizen

“Masalah org Tu Jual durian xkan nak promoted buah pelam plak sadisss ye otak dekat tapak kaki ..niat nak menolong utk rogues mudahkan dpt lariskan jualan boleh jgk bantu golongan penjual nak beli brg keperluan brg anak2 ..musim skrg semua nak beli pakai duit … pakaii otak la broo ..” – Netizen

“Biasa lah tu..kdg² kita berbuat baik pun org salah menilai. Org bukan nampak ape niat kita. Xpe..janji Allah SWT tau niat kita tu ape..ignore the negaative vibes. Semoga niat baik akak dibalas Allah SWT. Aamin..” – Netizen

Di masa sukar ini, boleh dikatakan pendapatan hampir kesemua rakyat telahpun terjejas. Keadaan ekonomi semasa juga agak merudum membuatkan ramai telah kehilangan pekerjaan dan kehilangan sumber pendapatan.

Namun berkat sikap saling bantu-membantu dalam kalangan rakyat Malaysia seperti yang ditunjukkan oleh Azza Elite ini, mudah-mudahan kita semua mampu mengharungi ujian ini sehingga k3s cvd benar-benar turun dan keadaan negara kita sudah selamat.

Sumber : ig azza elite

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!