“Semua staff company dah sponsor qurban utk tahun ni ya”

Beberapa hari saja lagi umat islam bakal menyambut ketibaan hari raya k0rban. Walaupun dalam keadaan PKPD yang dilaksanakan oleh kerajaan namun ianya tidak menghalang umat islam yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah k0rban itu tahun ini. Buat Dato Alha Alfa yang merupakan pengasas kepada produk kosmetik terkenal Alha Alfa kosmetik, tahun ini menjadi kenangan manis buat dirinya kerana impian beliau yang sekian lama untuk menaja ibadah k0rban mewakili kakitangan syarikat akhirnya tercapai.

Dato Alha Alfa telah berkongsi perkara berkenaan menerusi satu tangkap layar yang menunjukkan paparan applikasi whatsapp beliau bersama kakitangan syarikatnya. Isi kandungan paparan whatsapp berkenaan mendedahkan Dato Alha Alfa telah membuat pengumuman tersebut di dalam group whatsapp syarikat mengenai hasrat beliau itu.

Pengumuman yang dibuat oleh Dato Alha Alfa menerusi group whatsapp tersebut telah mengundang rasa sebak dan gembira dalam kalangan kakitangan syarikat beliau.

Berdasarkan paparan whatsapp yang dikongsikan oleh Dato Alha Alfa, kakitangan beliau meluahkan rasa syukur dan terharu kerana mendapat tajaan dalam menjalani ibadah k0rban tahun ini.

Kakitangan syarikat Dato Alha Alfa juga turut mendoakan agar Allah membalas kebaikan yang dilakukan oleh majikan mereka itu berlipat kali ganda. Mereka juga berharap agar peniagaan majikan mereka itu terus maju jaya dan dimurahkan rezeki kerana telah sudi menaja kakitangan syarikat dalam melaksanakan ibadah k0rban tahun ini.

Menerusi muatnaik diinstagram itu juga Dato Alha Alfa menyatakan ucapan terima kasih beliau buat keluarga, kakak serta abang iparnya yang telah membantu dalam merealisasikan impian beliau untuk menaja kakitangan syarikatnya dalam menunaikan ibadah k0rban tahun ini.

Menjengah keruangan komen, rata-ratanya memuji sikap Dato Alha Alfa yang tidak berkira dengan kakitangan serta menunjukkan penghargaan dengan cara tersebut.

Ruangan komen entri berkenaan juga dibanjiri komen daripada para kakitangan syarikat Dato Alha Alfa yang mengucapkan terima kasih di atas kesudian majikan mereka yang sudi menaja ibadah k0rban tahun ini. Berikut dikongsikan komen-komen mereka.

“Syukur Alhamdulillah kita sbhagian dari Family AA. moga melimpah ruah rrzeki dato ,boss , company dan agar kita semua dipermudhkn sgala urusan dunia dan akhirat. Aamin” – Netizen

“Syukur Alhamdulillah Terima Kasih Dato.. Boss Yg banyak membantu dan murah hati baik hatinya  Semoga diperluaskan lagi rezeki Dato, Company & semoga ini menjadi asbab ke SYURGA Allah Aamiin YRb” – Netizen

“Syukur Alhamdulillah terima kasih dato semoga dimurahkn lagi rezeki dato dan sentiasa dipermudahkan urusan Dato” – Netizen

“Alhamdulillah.. terima kasih AARL family, bosses & dato.. semoga makin dimurahkan rezeki Sentiasaa “ – Netizen

“Dpt bekerja dgn boss n suasana yg baik & plg pntg kbajikan staff djaga adalah slh 1 nikmat rezeki  terbaik dato” – Netizen

Sepertimana yang dituntut dalam ajaran agama islam, tidak akan jatuh miskin buat orang-orang yang bersedekah. Oleh itu kita juga perlu percaya bahawa dengan memperbanyakkan amalan sedekah mudah-mudahan rezeki kita akan melimpah ruah dan dikurniakan kebahagiaan berkat doa orang yang menerima kebaikan kita nanti.

Tahniah Dato Alha Alfa kerana telah menjadi contoh yang sangat baik buat majikan-majikan lain diluar sana.

Sumber : ig alha alfa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!