“Baguslah Jep tak bahagi kasih walaupun bkn anak kandung” – Netizen

Ketika perintah kawalan pergerakan kali ini diumumkan kerajaan, ramai yang sudah dapat mengagak dan mempersiapkan diri demi menghadapi situasi berkenaan. Buat pasangan yang baru menimang cahaya mata PKP kali ini dapat memberikan mereka lebih masa untuk memberikan perhatian terhadap ahli keluarga baru itu. Begitu juga yang dilalui oleh pasangan pelakon Sariyanti dan juga pelawak terkenal iaitu Jep Sepahtu baru-baru ini telahpun menimang cahayamata kelima mereka setelah beberapa hari umat islam di negara ini menyambut ketibaan bulan syawal.

Sebelum ini Sariyanti mahupun Jep masih belum mendedahkan wajah mahupun nama anak kelima mereka itu. Namun menerusi perkongsian baru-baru ini, Jep telah berkongsi sekeping gambar anak kelimanya serta nama kepada para para pengikut di instagram. Jep atau nama sebenar beliau Mohd Nadzri berkata, nama anak lelakinya itu Abu Bakr bin Mohd Nadzri. Anak kelimanya yang dilahirkan pada 15 Mei yang lalu itu kini sudahpun berusia hampir 2 bulan.

Kehadiran bayi lelaki berkenaan telah melengkapkan lagi keluarga mereka yang kini mempunyai 5 orang anak. Anak hasil perkahwinan pasangan tersebut iaitu Dariya Inara telah berusia 3 tahun dan anak lelaki  mereka Khaidir pula telah menginjak usia setahun.

Sebagai rekod Sariyanti sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki hasil pernikahan beliau bersama seorang usahawan. Kedua-dua anak lelakinya itu juga sangat rapat dengan adik beradik baru mereka dan sering menghabiskan masa bersama.

Terkini menerusi instagram, Jep telah berkongsi sekeping gambar anak sulungnya sempena hari ulang tahun kelahiran anaknya itu yang diraikan pada hari ini.

Gambar berkenaan memaparkan anak lelaki sulung Sariyanti yang bernama Barr Al Aliy bersama adik-adik yang lain sedang meluangkan masa bersama. Jep turut mendoakan anaknya itu menjadi anak yang soleh dan sentiasa berada dibawah rahmat Allah.

Rata-rata para pengikut instagram Jep Sepahtu merasa terharu melihat layanan yang ditunjukkan oleh Jep terhadap anak-anak Sariyanti itu. Mereka juga berkata wajah anak lelaki Sari itu kelihatan seperti muka Jep pula.

Ada netizen yang berkata walaupun kanak-kanak tersebut bukanlah anak kandung beliau namun kelihatan layanan yang diberikan oleh Jep terhadap anak tirinya itu sangat ikhlas menerusi beberapa gambar lain yang dikongsikan oleh Jep.

Para pengikut akaun instagram Jep serta rakan-rakan artis turut mengucapkan selamat hari lahir buat Barr Al-Aliy.

“Ada juga yg xbaik gn ank tiri..ada yg tngok prangai mak tiri yg xbaik gn ank tiri suka mrh ank tiri..dn brkira ngn ank tiri” – Netizen

“Gambar last tu rasa mcm anak2 jep pulak, mungkin nmpak keikhlasan jep terima anak2 sari mcm anak sendiri” – Netizen

“happy bday, semoga dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki yg luas dan berpanjangan serta menjadi anak soleh ” – Netizen

Ramai yang suka melihat hubungan antara pasangan Jep Sepahtu dan Sariyanti dalam melayani anak-anak mereka. Semoga hubungan keluarga ini sentiasa diberkati dan bahagia selalu hendaknya.

Sumber : Instagram Jep Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!