“Tak berkelip matanya tgk video tu”- Netizen

Sejak awal pembabitan Neelofa dalam dunia seni, kehidupan usahawan dan pengacara terkenal itu sering kali menjadi tumpuan orang ramai. Jika dahulu, Neelofa sering menerima perhatian ramai kerana fesyen- fesyen yang digayakan beliau sering di anggap pelik, namun kini setelah berkahwin dan membuat kepuutusan memakai niqab, selebriti berkenaan lebih selesa memilih pakaian yang longgar dan menutup aurat seiring dengan penampilan terkini beliau.

Namun begitu, Neelofa tidak mengehadkan fesyen untuk di gayakan meskipun berniqab. Ternyata pemakaian niqab tidak menjadi batas buat seorang penggemar fesyen seperti Neelofa untuk terus bergaya.

Sejak beliau melahirkan anak lelakinya yang di beri nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu, ramai peminat yang sudah tidak sabar lagi untuk melihat wajah comel anaknya itu. Namun begitu atas faktor keselamatan, Neelofa mengambil kepuutusan untuk tidak mendedahkan wajah anaknya itu.

Bagaimanapun, satu perkongsian yang tular di media sosial baru- baru ini cukup membuatkan usahawan terkenal berkenaan merasa sangat kecewa.

Wajah anaknya Muhammad Bilal telah di dedahkan oleh seorang individu di media sosial tanpa kebenaran beliau.

Neelofa mempersoalkan tindakan individu tersebut yang menyebarkan wajah anaknya meskipun beliau sebelum ini sudah meminta sedikit masa sebelum benar- benar bersedia untuk berkongsi wajah anak sulungnya itu.

Bagaimanapun ekoran insiden berkenaan, setelah sekian lama pengacara berkenaan memegang pendirian untuk tidak mendedahkan lagi wajah anaknya, Neelofa akhirnya berkongsi foto serta rakaman video cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris kepada umum menerusi Instagram beliau.

Menerusi Instagram salah seorang peminat Neelofa, satu video yang memaparkan aktiviti Muhammad Bilal telah di kongsikan buat tatapan para peminat. Dalam video berkenaan, Bilal sedang asyik menonton kartun animasi Riko.

Kartun berkenaan mengajar dan berkongsi cara bacaan surah dengan betul. Wajah Bilal yang sangat fokus malahan tidak berkelip menonton rancangan kartun tersebut menarik perhatian para peminat.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat yang mendoakan Muhammad Bilal membesar menjadi anak yang solah dan taat kepada kedua ibu bapa.

Rata- ratanya juga berkata wajah Bilal lebih seiras dengan wajah abahnya PU Riz setelah semakin membesar. Berikut di kongsikan komen peminat.

Sebagai rekod, sebelum ini Neelofa telah berkongsi rakaman foto dari awal kelahiran Bilal dan ia menerima pelbagai reaksi positif daripada para peminat.

Peminat juga mendoakan kesejahteraan Bilal. Neelofa menyifatkan kehadiran Bilal sebagai antara kecintaan tertinggi dan teragung dalam kehidupannya.

Sumber: ig lofa page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!