“Laa ingat Neelofa rupanya Mama Tini” – Netizen

Tanggal 8 Julai maka genaplah usia Datin Noor Kartini yang merupakan ibu kepada usahawan dan bekas pengacara terkenal program hiburan Melet0p Noor Neelofa itu berusia 55 tahun. Tarikh hari lahir beliau pada tahun ini tiba ketika negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan disebabkan itu, sambutan hari lahir beliau kali ini hanya di buat secara sederhana.

Walaupun anak-anak tidak dapat berkumpul bersama namun anak-anaknya yang berada jauh seperti Neelofa dan Nabila sempat mengirimkan hadiah kepada beliau tanda ingatan. Datin Kartini juga sempat berkongsi beberapa hadiah yang diterimanya daripada anak-anak serta kenalan rapat menerusi perkongsian di instagram storynya.

Menjadi ibu kepada selebriti popular seperti Neelofa, Datin Kartini turut terkena tempias glamor anaknya itu apabila sehingga kini instagram beliau telahpun mempunyai seramai 493,000 ribu pengikut.

Nama beliau juga turut dikenali kerana mengeluarkan beberapa produk terkenal seperti Daging Harimau Menangis dan produk kosmetiknya sendiri.

Menerusi instagram, Datin Noor Kartini telah memuatnaik sekeping gambar dirinya beserta ucapan kepada para pengikut akaun instagram beliau. Datin Kartini berkata beliau bersyukur kerana masih dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik serta rezeki yang mencurah-curah dari Allah.

Ucapan terima kasih beliau juga ditujukan kepada para pengikut akaun instagram beliau dan netizen yang tidak putus-putus telah memberikan ucapan hari lahir malahan mendoakan dirinya sempena hari lahir beliau itu.

Kongsi Datin Kartini lagi, beliau meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas doa-doa yang beliau terima. Datin Kartini berkata tiada kata atau balasan yang mampu beliau berikan semula dan beliau turut mendoakan perkara yang sama buat semua yang telah mendoakan beliau.

Beliau juga tidak lupa merakamkan penghargaan kepada ibu bapanya dan memanjatkan doa buat ibu dan arwh bapa beliau.

Sebelum Datin Kartini mengakhiri ucapan beliau, Datin Kartini juga memohon doa supaya beliau dikuatkan semangat demi membantu golongan yang kurang berkemampuan menerusi inisiatif beliau sendiri.

Ruangan komen instagram Datin Kartini dibanjiri ucapan selamat hari lahir dan mendoakan beliau agar dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.

Rata-rata para peminat juga memuji kejelitaan ibu kepada usahawan terkenal Neelofa itu dan mengatakan bahawa wajah anak-beranak itu saling tak tumpah antara satu sama lain hinggakan ada netizen yang tersalah sangka apabila melihat gambar beliau itu dan menyangka gambar tersebut merupakan gambar Neelofa.

Berikut dikongsikan komen-komen para pengikut akaun instagram Datin Kartini.

Allah, MasyaAllah TabarakaAllah cantiknya Auntie Sayang. Happiest Birthday Auntie yang paling cantik dan baik hati “ – Netizen

“Happy birthday Aunty Tinie. Semoga Allah berkati usia dan dilimpahkan rezeki mencurah ii.Moga Aunty terus sukses menjadi seorang mama ,isteri dan usahawan “ – Netizen

Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi bukan? Wajah Datin Kartini yang sudahpun menginjak usia 55 tahun kelihatan masih muda dan seakan tidak dimakan usia. Kini kejelitaan beliau diwarisi oleh anak-anak beliau pula.

Semoga Datin Kartini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia serta memberikan insipirasi kepada masyarakat.

Sumber : ig Noorkartini

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!