“Anak mama yg hebat. Korek duit sendiri nk bg bantuan, nk buat segala sendiri dari mula” – Dato Vida

Terkesan dengan gerakan bendera putih yang sedang tular sekarang, golongan NGO termasuk golongan artis juga sudah memulakan inisiatif sendiri untuk menghulurkan bantuan kepada orang ramai. Sebagai seorang selebriti yang mempunyai pengaaruh dan dikenali sebagai anak kepada usahwan kosmetik terkenal Dato Vida, Cik B dan Kacak juga sudah mula mengusahakan bantuan kepada golongan yang terjejas.

Cik B dan Kacak yang masih lagi remaja tidak menerima tajaan mahupun menggunakan duit sumbangan orang ramai malahan menggunakan duit simpanan mereka sendiri dalam menjalankan misi menyalurkan sumbangan dan bantuan berkenaan.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin dan Kacak atau nama sebenar Muhammad Eric Zaquan menggunakan pengaaruh mereka di media sosial untuk hebahan sekiranya para pengikut mereka mengetahui terdapat keluarga yang memerluukan bantuan supaya memaklumkan perkara tersebut kepada mereka.

Menerusi muatnaik terkini diinstagram, Cik B telah berkongsi video yang memaparkan beliau serta adiknya Kacak bertungkus lumus menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini.

Menurut Cik B lagi walaupun bantuan yang dihulurkan oleh beliau dan adiknya itu tidaklah seberapa namun beliau merasa berbesar hati kerana dapat membantu meringankan beban mereka. Cik B berkata beliau akan cuba memperluaskan bantuan berkenaan dan memohon supaya para pengikut beliau mendoakan beliau serta adiknya Kacak.

Dikesempatan tersebut Cik B juga memanfaatkan hebahan di media sosial beliau untuk memaklumkan kepada sesiapa yang memerluukan bantuan di sekitar Ipoh untuk menghubungi beliau menerusi media sosialnya itu. Beliau akan cuba mengusahakan bantuan kepada mereka yang memerluukan bantuan tersebut.

Menjengah keruangan komen, rata-ratanya memuji sikap anak usahawan kosmetik dan pelakon remaja itu kerana sudah pandai berdikari dan berjiwa besar walaupun masih diperingkat remaja. Ternyata umur bukanlah pengukur sifat kematangan seseorang. Mulia sungguh hati Cik B dan Kacak.

Cik B dan Kacak yang baru berusia belasan tahun sudah mampu berdikari dan mengusahakan bantuan untuk golongan yang terjejas dengan cara mereka sendiri. Dato Vida juga tidak ketinggalan mngalkan komen yang dilihat sangat berbangga dengan sikap kedua-dua anaknya itu.

Dato Vida mendedahkan, bantuan yang dihulurkan oleh Cik B dan Kacak itu adalah hasil duit simpanan mereka sendiri dan mereka ikhlas menghulurkan bantuan berkenaan demi membantu golongan yang terjejas.

“Alhamdullilah semoga dipermudahkan urusan and di murah kn rezeki cik b and kacak sekeluarga” – Netizen

“Alhamdulillah syukur. Tkasih byk2 my dear. May u always be the light that shines bright to those around you.” – Netizen

“Alhamdulillah, InshaaAllah semoga dipermudahkan segala urusan CIKB untuk bantu lebih ramai lagi yang memerluukan bantuan” – Netizen

Sepertimana yang dituntut dalam ajaran agama islam, tidak akan jatuh miskin buat orang-orang yang bersedekah. Oleh itu kita juga perlu percaya bahawa dengan memperbanyakkan amalan sedekah mudah-mudahan rezeki kita akan melimpah ruah dan diikurniakan kebahagiaan berkat doa orang yang menerima kebaikan kita nanti. Tahniah Cik B kerana telah menjadi contoh yang sangat baik buat remaja diluar sana.

Sumber : ig cikb havoc

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!