“Mestilah nak cantik, kang tak cantik abi komplen pulak” – Keisha

Apabila sedang beristirehat bersama suami dan anak-anak, pasti akan ada gelagat antara mereka yang mencuit hati. Nak pula pada waktu sekarang ini harus terapkan penjarakan sosial dan digalakkan untuk duduk di rumah, ramai orang akan punyai lebih masa untuk diluangkan bersama keluarga di rumah masing-masing dan melakukan aktiviti bersama di dalam rumah sahaja.

Cakap tentang keluarga, kita pasti akan kenali ahli keluarga Nabila Huda. Beliau yang sudah mendirikan rumahtangga sejak 25 Disember 2015 dan punyai seorang anak perempuan bernama Keisha Laila yang berusia 12 tahun.

Walaupun Keisha hanya anak tiri kepada suami Nabila Huda, namun hubungan mereka berdua tak tumpah seperti bapa dan anak kandung. Keisha selalu dilihat sangat mesra bergurau bersama bapanya itu.

Hubungan mesra ini dapat dilihat dari video yang dikongsikan oleh Nabila Huda sendiri ketika mereka bertiga sedang beristirehat bersama di ruang tamu rumah mereka baru-ba

Didalam video tersebut, kedengaran suami Nabila menanyakan kepadanya kenapa berhias dan bercantik dalam rumah. Namun, dalam ketika suaminya bertanya kepada Nabila, anak mereka Keisha menyampuk dan berkata haruslah jadi cantik kerana kalau tidak cantik, bapanya akan ‘komplen’ pula.

Jawapan Keisha membuatkan suaminya nafi akan jawapan itu dan berkata beliau tidak pernah ‘komplen’ tentang rupa paras ibunya itu.

Ramai yang terhibur melihat gelagat dua beranak ini dan ada juga katakan bahawa “pendebatan”antara dua beranak ini sangat comel.

Kita patut contohi keluarga Nabila Huda. Nak pula dalam ketika harus berada dirumah dan jaga penjarakan, kita harus kekalkan harmoni itu didalam rumah supaya kita dapat lalui era c0v1d19 ini dengan tenang.

Sumber : Ig Nabila Huda

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!