“Asal senduk pun bentuk gitar, such a queen” – Netizen

Ada sesetengah orang punyai hobi mengumpul barangan yang jarang dijumpai atau dipakai. Ada orang suka kumpul barangan yang jarang dijumpai dan disimpan sebagai koleksi. Ada juga yang beli barang yang ‘rare’ untuk dipakai sebagai kegunaan harian. Semua ini ditentukan oleh pengumpul tersebut sama ada ingin guna atau pun tidak barangan tersebut.

Seperti orang lain juga, pelakon wanita tempatan kita, Nabila Huda juga suka mengumpul barang yang ‘rare’. Ada barang yang beliau guna dan ada barang yang dijadikan koleksi dan dijadikan hiasan seperti trofi- trofi kemenangan beliau.

Bukan itu sahaja beliau ada juga barang koleksi yang beliau gunaķan untuk kegunaan dapur beliau memandangkan beliau sangat minat memasak.

Baru-baru ini beliau berkongsi sebuah video dimana beliau sedang masak maggi goreng dan daging wagyu untuk makan tengah malam bersama keluarganya.

Di dalam video tersebut terlihat Nabila Huda berusaha untuk masak sambil merekod masakan beliau sehingga tertumpah air yang beliau cuba masukkan ke dalam periuk masakan.

Bukan sahaja kelazatan maggi goreng itu menarik perhatian netizen, malah senduk berbentuk gitar yang digunakan beliau tersebut juga mendapat perhatian netizen.

Apabila seseorang itu seorang yang punyai bakat kreatif, kita juga boleh melihat personaliti dia dari barangan yang dia ada.

Seperti Nabila Huda, kita semua tahu sifatnya yang ceria dan suka akan hiburan dan seni kreatif, barang- barang yang beliau punyai juga tampak kreatif dan comel.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!