“Sesuai dgn mksd nama Haris pelindung, semoga terus kuat dan kekal jd pelindung kpd isteri tercinta” – Netizen

Hampir dua bulan bergelar pasangan suami isteri, pelbagai dugaan telah di hadapi oleh pasangan sensasi Neeloafa dan PU Riz. Benarlah tidak mudah menjadi suami kepada Neelofa iaitu seseorang yang begitu dikenali ramai kerana amanah dan tanggungjawab yang perlu di pikul begitu besar dek kerana membawa nama pasangannya bersama dalam apa jua tindakan dan keputusan yang melibatkan mereka.

Setelah tular mengenai kunjungan beliau ke Nilai untuk membeli karpet sebagai persediaan menyambut perayaan aidilfitri baru-baru ini, Neelofa dan suaminya akhirnya dipanggil untuk memberikan keterangan di balai polis.

Hari ini pasangan suami isteri berkenaan telah hadir ke mahkamah untuk sebutan k3s berkenaan namun kedua-dua pasangan suami isteri tersebut mengaku tidak bersalah di atas dakwaan yang di sabitkan terhadap mereka berdua.

Menerusi perkongsian di Instagram peminat Neelofa, mereka merasa terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh suami tercinta iaitu PU Riz terhadap isterinya itu apabila bertindak sebagai pelindung ketika isterinya berjalan menuju ke kenderaan mereka berdua.

https://www.instagram.com/p/CPFA89PnRpV/?utm_medium=share_sheet

Pasangan berkenaan dikerumuni oleh para pengamal media untuk merakamkan gambar dan  mendapatkan komen serta maklum balas daripada mereka berdua.

Rata-rata para pengikut akaun Instagram tersebut berkata tindakan suami Neelofa iaitu PU Riz yang melindungi isterinya sangat bersesuaian dengan pemilik nama iaitu Haris yang membawa maksud pelindung.

Mereka juga mendoakan agar pasangan tersebut dipermudahkan segala urusan. Berikut dikongsikan komen mereka.

Baik Neelofa mahupun PU Riz mereka berdua membuat pengakuan tidak bersalah mungkin kerana mempunyai alasan mereka yang tersendiri.

Semoga k3s mereka berdua dipermudahkan dan sebagai para netizen usahlah kita membuat sebarang spekulasi kerana k3s mereka berdua juga masih berjalan dan masih dalam siasatan pihak yang berkuasa.

Sumber: ig lofa page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!