“Oloh nangis, mama minta maaf ye kalau tak dpt jaga Meena dgn baik maarah2 Meena” – Datin Shahida

Disebabkan telah digelar sebagai penyanyi no 1, sejak kebelakangan ini juga Datin Shahida kuat menyakat suaminya Dato Aliff setelah suaminya itu melancarkan lagu raya terbaru beliau berjudul Lalala Raya. Lagu berkenaan di lancarkan di kala netizen sedang berduka kerana tidak dapat pulang beraya ekoran PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan. Namun ragam Dato Aliff sedikit sebanyak membuatkan netizen merasa terhibur dan sering diusik oleh netizen sebagai penyanyi no 1 negara,

Sebalik kritikan yang beliau terima, jumlah tontonan bagi lagu raya tersebut bagaimanapun begitu memberansangkan dan menjadi tular dalam masa beberapa hari.

Perkara berkenaan membuatkan Dato Aliff merasa gembira kerana berjaya memikat para pendengar dengan lagu raya tersebut.

Bagaimanapun bersempena hari raya aidilfitri yang diraikan oleh umat islam pada 1 Syawal yang lalu, Dato Aliff telah berkongsi video terkini beliau bersama Datin Shahida dan anak-anak berkumpul bersama menyambut hari raya dan saling bermaaf-maafan.

Sesi meminta maaf bermula dengan anak sulungnya Ammar. Sebagai seorang ibu yang penyayang dan sangat rapat dengan anak-anak, semasa tiba giliran Ameena untuk meminta maaf dan bersalaman, kelihatan Datin Shahida turut sebak dan memeluk erat Ameena.

https://www.instagram.com/tv/COzksJmJGJz/?igshid=sixuc2m80gc6

Datin Shahida juga meminta maaf kepada Ameena serta anak-anak yang lain jika selama ini beliau dan suaminya Dato Alif ada terbuat silap terhadap Ameena dan anak-anak yang lain.

Tidak kurang juga gelagat anak ketiganya Baem yang mencuit hati kerana begitu mudah menitiskan air mata dan kuat berdrama menjadikan sesi bersalaman bersama Baem agak lucu.

Video tersebut diakhiri dengan sesi bermaafan antara pasangan suami isteri berkenaan dan dimuatnaik di Instagram peribadi Dato Aliff.

Rata-rata peminat dan pengikut akaun mereka merasa terinspirasi dengan sikap pasangan tersebut yang begitu merendah diri sebagai ibu bapa kerana turut meminta maaf terhadap anak-anak.

Para peminat juga berkata ketika sesi Baem bersalaman mereka turut sama merasa terhibur dek kerana melihat ragam dan telatah Baem yang melucukan. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan terhadap video berkenaan.

Bersempena hari raya yang mulia ini, mudah-mudahan kita semua sentiasa menyucikan hati dan memohon ampun dan maaf di atas kekhilafan yang telah dilakukan sebelum ini.

Tidak kiralah kita sebagai anak mahupun ibu bapa, tidak salah untuk kita saling memohon maaf di atas kesilapan yang tidak kita sedari selama ini.

Sumber: Instagram Dato Aliff Syukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!