“Inilah jadinya bila bawak isteri pergi konvo” – Netizen

Usahawan dan pengacara terkenal Noor Neelofa tidak puutus menjadi perhatian netizen sejak awal pembabitan beliau dalam dunia seni. Jika dahulu, Neelofa sering menerima perhatian ramai kerana fesyen- fesyen yang digayakan beliau sering di anggap pelik, namun kini setelah berkahwin dan membuat kepuutusan memakai niqab, selebriti berkenaan lebih selesa memberikan fokus buat keluarga.

Apatah lagi kini dengan kehadiran anak lelaki sulungnya Muhammad Bilal, sudah pasti tumpuan lebih kepada suami, anak dan juga perniagaan beliau.

Namun begitu, baru- baru ini nama beliau kembali hangat apabila ura- ura dakwaan mengenai beliau kini sedang hamil anak kedua apabila tular sebuah video memaparkan dirinya berkerusi roda.

Walauabagaimanapun dakwaan berkenaan akhirnya di tepis setelah Neelofa berkongsi beberapa video di media sosial keadaan terbaru dirinya yang kelihatan sudah sihat dan di lihat boleh berjalan seperti biasa ketika hadir di Pelancaran Jurnal ‘Hijrah Cinta’ dan Sesi Bual Bicara Motivasi.

Sebagai rekod, Neelofa dan suaminya yang merupakan seorang pendakwah bebas iaitu Haris Ismail telah mendirikan rumahtangga pada bulan Mac tahun lalu. Pasangan berkenaan mempunyai jarak usia 6 tahun.

Meskipun mempunyai jarak perbezaan usia antara mereka namun Haris atau lebih di kenali sebagai PU Riz bijak menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin dan kini turut terlibat secara bersama mengusahakan perniagaan isterinya.

Semalam tular beberapa gambar dan video yang di kongsikan Neelofa menerusi Instagram story beliau yang memaparkan beliau bersama keluarga mertua menghadiri majlis konvokesyen PU Riz yang telah menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua.

Bagaimanapun video dan gambar yang di kongsikan Neelofa di Instagram story itu telah di kongsikan kembali oleh para peminat beliau di Instagram.

Untuk pengetahuan, PU Riz merupakan seorang pelajar lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Menerusi video yang yang tular, PU Riz yang kelihatan segak mengenakan jubah graduasi menerima sorakan yang kuat dari tetamu yang hadir sewaktu di majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Sebagai tulang belakang suami dan merupakan penyokong paling kuat di belakang suaminya, Neelofa turut memuat naik video yang memaparkan dirinya yang teruja serta memberikan sorakan yang paling kuat ketika melihat suaminya itu tersenyum mengambil skrol di atas pentas.

Menjengah keruangan komen, netizen berkata mereka merasa terhibur dengan gelagat Neelofa yang bersorak buat suaminya itu. Malahan tanda pagar yang di gunakan Neelofa juga mencuit hati mereka.

Selain mengucapkan tahniah, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja apabila majlis konvokesyen tersebut dihadiri oleh pasangan itu. Berikut di kongsikan komen- komen yang di tulis netizen di ruangan komen.

Comel betul ummi Muhammad Bilal ni bersorak untuk suami. Gambar satu keluarga tu nampak tak lengkap tanpa Bilal. Tahniah PU Riz di atas pencapaian yang telah di kecapi. Isteri kat sebelah pun tumpang gembira dan senyum bangga dengan pencapaian suami.

Sumber: ig lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!