Selepas 4 tahun, Izreen Azminda bersemuka dgn Intan Saleh mohon maaf di Melodi

Nama Intan Salleh agak tular beberapa tahun lalu kerana konflik rumahtangga yang melibatkan beliau dan suaminya ketika itu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali dengan nama Ude Wahid bersama seorang pelakon Izreen Azminda. Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Intan dan netizen mengecam tindakan Izreen yang menjadi orang ketiga dalam rumahtangga pasangan berkenaan.

Perkahwinan Izreen bersama Ude Wahid dibuat secara tertutup dan dirahsiakan atas permintaan suaminya sendiri. Perkahwinan tanpa pengetahuan Intan itu menjadi lebih hangat apabila Ude kemudiannya bertindak untuk mencraikan Intan dan memilih untuk terus bersama Izreen.

Episod duka mengenai kisah rumahtangga mereka itu telahpun lama berlalu dan perkawinan Izreen bersama Ude juga sudahpun memasuki usia empat tahun dan mereka berdua juga telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim Muhammad Radzi.

Dalam perkembangan lain, Intan Salleh juga sudah menjadi seorang usahawan berkat sokongan daripada orang ramai demi membantu beliau meneruskan kehidupan dan mencari rezeki buat anak-anak setelah terputus mata pencarian sejak di craikan oleh suami.

Hampir 4 tahun kisah antara mereka berdua berlalu, pada program sambutan hari raya tahun ini yang dianjurkan oleh sebuah program hiburan tv swasta Melodi Izreen Azminda dan Intan Salleh buat pertama kalinya telah dipertemukan dan bertentang mata.

Di kesempatan pertemuan tersebut, Izreen berkata beliau telah memohon maaf kepada Intan diatas apa yang telah berlaku antara mereka sebelum ini

Namun beliau menyerahkan kepada Intan untuk memaafkan atau sebaliknya.

Menjengah ke Instagram Intan pula, menerusi sebuah entri yang dimuatnaik oleh Intan beliau telah meluahkan isi hati beliau yang berkata agak sukar melupakan apa yang telah berlaku. Netizen juga turut memberikan pelbagai reaksi terhadap tindakan Izreen berkenaan.

Bagaimanapun komen yang ditinggalkan oleh seorang rakan artis iaitu Nazia Mustaffa telah menarik perhatian dan mengundang pelbagai komen serta spekulasi dalam kalangan peminat dan netizen. Berikut dikongsikan komen oleh Nazia Mustaffa berkenaan.

Kita tidak tahu niat seseorang kerana yang tahu hanya individu berkenaan dan Allah sahaja. Oleh itu kita wajar bersangka baik walau apa pun muslihat disebalik tindakan seseorang.

Sebagai para peminat marilah kita bersama mendoakan supaya hubungan antara mereka dapat dijernihkan dan kembali berbaik.

Hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan oleh Norman dan Abby Abadi mungkin boleh dijadikan contoh dan iktibar buat kita semua.

Sumber : Instagram intan salleh

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!