Sariyanti selamat bersalin, Jep Sepahtu timang anak lelaki lagi

Beberapa bulan lalu, pelawak Jep Sepahtu mengumumkan beliau dan isterinya pelakon Sariyanti bakal menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka apabila isterinya itu kini hamil lagi. Jep telah memuatnaik sekeping gambar anak lelaki bongsunya yang bernama Khaidir bersama caption bahawa anak bongsunya itu bakal menjadi abang menerusi satu perkongsian di Instagram beliau.

Sebagai rekod pasangan Jep dan Sariyanti telah mendirikan rumahtangga pada Feb 2017 dan hasil perkahwinan tersebut beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Dariya Inara pada April 2018 dan Muhammad Khaidir pada Jun 2020.

Sebelum berkahwin dengan Jep, Sariyanti sebelum ini telahpun mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.

Bagaimanapun jodoh beliau tidak panjang apabila membuat keputusan untuk bercerai pada Disember 2014.

Ekoran pengumuman tersebut, ramai yang meninggalkan komen di ruangan instagramnya meluahkan rasa terkejut malahan seakan tidak percaya dengan berita dikongsikan oleh penyampai radio sinar itu memandangkan usia anak bongsu mereka iaitu Muhammad Khaidir baru saja mencecah 8 bulan.

Terkini menerusi perkongsian di Instagram, Jep Sepahtu telah mengumumkan mengenai kelahiran anaknya itu.

Menurut Jep, isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan beliau mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya yang sudi bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

Jep memuatnaik sekeping gambar beliau dan Sariyanti yang sedang mendukung anak lelaki mereka buat tatapan sahabat dan para peminat di media sosial.

Ruangan komen Jep di hujani ucapan tahniah daripada sahabat, rakan artis dan juga para peminat. Mereka mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana di atas kurniaan rezeki tersebut dan mendoakan kesihatan Sariyanti serta bayi lelaki berkenaan. Berikut dikongsikan komen-komen daripada warga maya.

Manusia merancang namun tuhan yang menentukan segalanya. Kejap je anak bongsu dah naik pangkat jadi abang. Syukur tuhan kurniakan rezeki yang melimpah buat pasangan ini.

Mudah-mudahan Sariyanti diberikan kesihatan yang baik serta selamat berpantang di ucapkan buat Sariyanti.

Sumber: ig jepsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!