“Wow tak sampai setahun single kedua dah keluar”- Netizen

Iqbal Zulkefli nama yang sudah dikenali di Malaysia, dengan single pertama beliau berjudul Hujan, kini beliau mahu mempromosikan single kedua beliau bertajuk Undur Diri. Bukan saja memang mendapat sambutan dari single pertama, beliau juga mendapat sambutan baik untuk single yang kedua ini dan menantikan tajaan untuk muzik video akan datang.

Meskipun Iqbal mendapat banyak kata-kata melemahkan semangat beliau, namun beliau sentiasa kuat dan terus bangkit.

Setelah tidak berjaya di Big Stage baru-baru ini, beliau mendapat tawaran berlakon oleh Erma Fatima, dan bergandingan dengan pelakon hebat Zul Ariffin.

Beliau kini mencipta lagu single kedua, dan belum setahun pun single pertama dijayakan. Kini single kedua pula diteruskan.

Beliau seorang usahawan yang berjaya, tidak perlu menerpa nama di persada industri seni namun itu adalah minat dan keinginan beliau untuk popular.

Bukan hanya mencipta nama, bahkan beliau mencipta lagu single kedua dengan sendiri. Jika didengari, ia tidaklah seteruk mana.

Komen-komen sama ada daripada peminat ataupun tidak, namun mereka memuji dengan baik. Nyanyian beliau juga.

Komen-komen netizen juga tidak membuat beliau undur diri namun membuat beliau semakin bersemangat.

Semoga Iqbal ini menemui cinta yang sejati, yan tidak dikecewakan sedemikian rupa.

Sumber: ig iqbalzulkefli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!