“Bagusnya wany hasrita dan kwn2 xde pon makeup tebal mcm sesetgh artis” – Netizen

Semua orang pasti punyai ramai kawan namun yang berkualiti itu sangat sukar untuk didapati. Berkualiti itu dapat dilihat dari kesungguhan mereka mengekalkan sesuatu persahabatan dan membawa kita ke arah yang lebih baik. Rakan yang berkualiti selalunya akan memberikan peng4ruh yang bagus kepada kita dan sekaligus akan menaikkan imej kita sebagai modal insan.

Siapa lagi yang tidak mengenali Wany Hasrita, penyanyi wanita tempatan yang mempunyai suara yang lunak merdu. Beliau yang memulakan karier beliau sebagai seorang penyanyi dalam industri seni pada tahun 2016 telah memenangi Penyanyi Wanita Popular pada tahun 2018 dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 31.

Sepanjang bergiat dalam industri seni tempatan, beliau telah menjayakan beberapa lagu dan terdapat juga sebuah lagu beliau telah diduetkan bersama penyanyi tersohor seperti Jamal Abdillah.

Wany Hasrita selalu dilihat sebagai seornag penyanyi yang begitu rendah diri dengan penampilan beliau. Beliau sering dilihat berpakaian sangat biasa dan jarang dilihat bersolek tebal.

Beliau bukan sahaja berpenampilan sederhana malah sering dilihat sebagai seorang kawan yang sangat ‘sporting’ dan bersederhana. Wany Hasrita juga dilihat begitu rapat dengan seorang influencer bernama Wani Syaz.

Baru-baru ini, Wany Hasrita berkongsi sebuah video dimana beliau pergi bercuti bersama rakan-rakan rapat beliau termasuklah Wani Syaz. Dilihat dari video tersebut mereka bercuti ke Genting Highland.

Dalam video tersebut, beliau dan rakan-rakan beliau dilihat bernampilan sangat sederhana dan sangat sopan. Mereka juga dilihat sangat sederhana dalam solekan mereka. Sempoi betul Wany dan rakan-rakan..

Netizen kebanyakannya suka melihat ukhwah antara Wany dan sahabat-sahabatnya dan bagaimana sederhananya mereka dalam penampilan harian mereka.

Menjadi seorang sahabat kepada orang lain biarlah kita juga dapat mendidik rakan-rakan kita menjadi orang yang lebih baik. Sebagai individu, kita sentiasa kekalkan aura positif itu kerana aura positif ini akan menarik lebih ramai orang-orang yang baik dalam hidup kita.

sumber : instagram Wany Hasrita

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!