“Bab Tok Ram masak mcm ada pancaragam tu kelako yer” – Netizen

Hampir 8 tahun Datin Alyah mendirikan rumahtangga bersama Datuk Ramli MS bukanlah satu tempoh yang singkat. Perkahwinan yang di bina pada tahun 2013 itu agak goyah di permulaan sehingga hampir membuatkan pasangan berkenaan berputus asa kerana isu yang agak tular tidak lama dahulu. Namun jodoh mereka berdua masih panjang dan rumahtangga mereka masih lagi bertahan walaupun terdapat pihak yang kurang senang dengan pernikahan mereka.

Pasangan berkenaan mengambil langkah untuk mendalami ilmu agama dan saling memperbaiki diri untuk menguatkan lagi hubungan mereka berdua sebagai suami isteri. Peristiwa yang berlaku menjadi iktibar dan tauladan yang mengeratkan lagi rumahtangga mereka berdua.

Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang itu juga tidak menafikan perbezaan usia mereka sebanyak 20 tahun dengan suaminya adakala menjadi punca utama mereka sering bercanggah pendapat.

Bagaimanapun Datin Alyah berkata beliau sering berlapang dada untuk menerima perbezaan antara mereka kerana baginya itu adalah lumrah dalam kehidupan berumahtangga.

Datin Alyah seorang yang aktif di Instagram dan amat mesra melayani para peminat beliau menerusi platform popular itu. Terkini, Datin Alyah memuatnaik sebuah video dirinya sedang membuat persiapan untuk keluar ke pusat pengambilan vksn untuk menerima sntikn vksn kedua beliau.

Dalam sedang menyiapkan diri itu, Datin Alyah terlebih dahulu memohon maaf kepada para pengikut akaun Instagram kerana kedengaran bunyi bising di sebabkan suaminya yang sedang memasak di dapur.

Secara berseloroh Datin Alyah berkata bunyi bising Datuk Ramli memasak itu kedengaran seolah- olah seperti terdapat pancaragam pula di dapur.

Di kesempatan itu, Datin Alyah juga turut berkongsi keadaan di pusat pengambilan vksn itu apabila terdapat beberapa orang peminat yang teruja untuk berjumpa dan mengambil gambar bersama beliau. Layanan mesra Datin Alyah terhadap para peminat yang mendekati beliau untuk bergambar juga dipuji oleh netizen.

Menerusi ruangan komen, netizen terhibur dengan perkongsian Datin Alyah yang bergurau mengatakan bunyi bising suaminya memasak di dapur itu di ibaratkan sebagai pancaragam. Umum mengetahui Datuk Ramli juga merupakan seorang Maestro Muzik di sebabkan itu usikan Datin Alyah itu membuatkan netizen merasa agak lucu.

Pasangan ini sangat jarang mendedahkan kemesraan hubungan mereka kepada umum apatah lagi bergambar bersama. Namun sesekali melihat mereka berdua bergurau senda dan mengusik antara satu sama lain menyebabkan netizen turut terhibur dan tertarik dengan cara pasangan ini mengekalkan keharmonian rumah tangga mereka.

Adakala perbezaan umur sebegini yang menjadikan pasangan saling melengkapi antara satu sama lain. Datin Alyah sebelum ini juga pernah berkongsi bahawa beliau amat mengagumi keperibadian suaminya itu walaupun banyak cabaran bersuamikan lelaki yang lebih berusia.

Suaminya yang mesra di sapa Tok Ram itu sering di usik oleh pengacara Nabil dan Jihan semasa di Konsert Mingguan Gegar Vaganza membuatkan orang ramai juga turut merasa dekat dan mesra dengan Tok Ram walaupun tidak mengenali suami Datin Alyah itu secara peribadi. Semoga hubungan pasangan ini kekal bahagia selamanya.

Sumber: Instagram alyah81

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!