“Tutuplah your wife punya tu pakai emoji” – netizen

Seorang suami perlu lah bertanggungjawab ke atas anak dan isteri. Suami juga berperanan memimpin isteri ke arah keredhaan Allah SWT dan salah satunya ialah menyuruh isteri menutup aurat tanpa kekeraasan. Jika kita lihat di sekeliling, ramai wanita yang telah bergelar isteri perlahan-lahan menutup aurat selepas berkahwin dan patuh kepada arahan suami.

Bercerita tentang selebriti Malaysia, salah seorang pelakon iaitu Aiman Hakim Ridza telah menerima banyak teguran daripada netizen baru-baru ini selepas memuatnaik beberapa fotonya bersama isteri iaitu Zahirah Macwilson dan cahaya mata mereka Isaac Raees.

Foto tersebut kelihatan baju yang dipakai Zahirah terselak sehingga menampakkan bahagian dadanya. Selepas Janna, Zahirah dan Aiman pula ditegur netizen apabila tidak melakukan ‘double check’ foto tersebut sebelum memuatnaiknya di Instagram.

Janna sebelum ini juga ditegur netizen apabila memuatnaik beberapa foto yang menampakkan bahagian daadanya dan beberapa bahagian tuubuhnya.

Sementara itu, Foto yang dikongsi Aiman telah menerima teguran supaya menjaga aurat isterinya dan pelbagai reaksi daripada netizen. Foto itu juga telah menerima hampir 87,000, tanda suka.

“Suami, jagalah aurat isterimu khas untuk tontonan dirimu sahaja, baby tu comel sangat tapi ada yang tak perlu ditunjukkan di sini”- Netizen

Pasangan selebriti ini telah dikurniakan seorang cahaya mata selepas disatukan pada 20 Februari 2020.

Sumber: instagram aimanhakimridza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!