“Bila maarah tu auto melayu bukan mat saleh dah”- Netizen

Seorang bapa adalah seorang insan yang banyak berkorban untuk keluarga. Merekalah yang membanting tulang menyara isteri dan anak-anak untuk mereka terus hidup dalam keadaan selesa. Maka, mereka layak juga diraikan seperti mana kita raikan Hari Ibu. Mereka layak merasa dihargai dan disayangi oleh orang-orang yang mereka kasihi kerana mereka juga telah berkorban demi masa depan keluarga.

Siapa lagi tidak mengenali Mat Dan, seorang Muallaf warga British yang sangat petah bukan sahaja berbahasa Melayu tetapi juga pandai berdialek Terengganu. Beliau sekarang sudah berkahwin dengan orang Melayu dan sudah mempunyai 2 orang anak.

Beliau sering dilihat berkongsi gambar-gambar anak-anaknya dan berkongsi perkembangan anak-anaknya. Baru-baru ini, beliau berkongsi beliau sekeluarga menyambut Hari Bapa untuk tahun ini. Beliau menyambut dengan sederhana sahaja dirumah mereka.

Dilihat di dalam video berkenaan, anak sulungnya cuba menyanyikan lagu Hari Bapa untuk ayahnya sambil ayahnya membetulkan cara nyanyiannya.

Setelah selesai menyanyi dan meniup lilin, anak sulungnya cuba untuk memegang lilin tersebut dan dihalang oleh ayahnya. Yang kelakarnya, Mat Dan terus berdialek Terengganu dengan anaknya ketika menghalang anaknya memegang lilin tersebut.

Netizen sangat terhibur melihat gelagat anak beranak ini dan ada yang berkata Mat Dan terus ‘auto-melayu’ ketika memarahi anaknya. Ada juga yang mengatakan anak keduanya sangat bijak menggendang meja ketika abangnya menyanyikan lagu Hari Bapa.

Mat Dan mungkin sudah terbiasa duduk dan bergaul dengan orang Melayu kita sebab itu bahasa dialek Terengganunya sangat pekat.

Untuk perkembangan baru beliau, beliau adalah duta kepada Halal Street dimana ia adalah gudang dalam talian terbesar mempromosikan produk halal dalam Malaysia ke United Kingdom.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!