“Haha mummy daddy yang excited lebih”- Aiman Hakim Ridza

Bola sepak merupakan sukan yang sangat sinonim dimainkan oleh golongan lelaki bukan saja di Malaysia malah serata dunia. Sukan ini terdiri daripada 11 pemain yang masing-masingnya memiliki tugas pada posisi tertentu di atas padang. Jangan terkejut.. Ada sebahagian golongan lelaki yang dari kecil lagi sudah menunjukkan minat terhadap bola sepak.

Ada juga si cilik yang sudah diajar oleh bapanya sejak kecil lagi untuk bermain bola sepak. Daripada situlah anak-anak kecil didedahkan dengan sukan bola sepak dan ia sememangnya cukup bagus buat mereka.

Tidak terkecuali, si cilik Isaac Raees yang merupakan cahaya mata sulung buat selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson pun sudah mula tunjuk minatnya dengan sukan bola sepak.

Meskipun belum memasuki usia 2 tahun lagi, Isaac dihantar ke sesi latihan bermain bola buat pertama kali oleh ibu bapanya.

Menerusi video dikongsi Zahirah di Instagram, kelihatan Isaac bersama ibu bapanya sepanjang sesi latihan bermain bola memandangkan ia pertama kali berlatih.

Bagusnya Zahirah dan Aiman, mereka sudah mula mendedahkan Isaac dengan aktiviti sukan dari kecil lagi. Zahirah dan Aiman juga sanggup meluangkan masa bersama Isaac meskipun sibuk dengan rutin kerja.

Tiada salahnya jika anak mereka telah mula berlatih untuk bermain bola sepak sejak kecil lagi. Sekurang-kurangnya anak kecil ini aktif dan didedahkan dengan pelbagai skill.

Sementara itu, video Zahirah yang menunjukkan sesi pertama Isaac dalam latihan bola sepak itu telah ditonton sehingga 133,000 tontonan dan 8,000 tanda suka.

Rata-rata netizen teruja melihat Isaac beraksi buat pertama kalinya dalam sesi latihan berkenaan. Malah menunjukkan sokongan moral buat Isaac si comel ini.

Bagus betul Zahirah dan Aiman bawa Isaac pergi sesi main bola. Walaupun umur Isaac masih kecil lagi, apa salahnya belajar untuk main bola kan.. Mana tahu satu hari nanti boleh sarung jersi untuk team bola hehe.

Sumber: Instagram Zahirahmacwilson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!