“Berbakat sungguh Kak Zulin kita ni”- Netizen

Penyanyi tersohor tanah air Dato Siti Nurhaliza sentiasa mendapat tempat di hati peminat-peminatnya. Dari usia remaja sehinggalah bergelar seorang ibu, beliau sentiasa menjadi perhatian dimana sahaja berada. Bahkan rakan rakan artis juga turut menjadikan Siti Nurhaliza sebagai salah seorang Zulinidola mereka. Populariti Siti Nurhaliza sememangnya tiada tandingan. Baru-baru ini pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengisi masa lapangnya dengan membuat lakaran wajah Siti Nurhaliza.

Aktiviti melakar wajah penyanyi nombor satu Malaysia itu dikongsi oleh Zulin menerusi laman instagramnya. Lakaran cantik yang dilakar oleh Zulin ternyata menarik perhatian orang ramai termasuk rakan-rakan artis.

Siapa sangka Zulin yang mempunyai bakat sebagai pelakon dan pengacara itu mempunyai bakat terpendam yang jarang sekali dikongsi kepada pengikut-pengikutnya di laman media sosial.

Menurusi posting yang dimuatnaik Zulin, ramai netizen kelihatan teruja dan terkejut melihat lakaran cantik yang dilukis Zulin. Zulin antara selebriti yg serba boleh, bak kata netizen.

Posting Zulin di Instagram telah menerima 54 ribu tanda suka dan pelbagai reaksi daripada netizen menerusi ruangan komen.

“Cantiknya, talented sangat Kak Zulin ni”- Netizen

“Alhamdulillah, bakat anugerah Allah”- Netizen

“Wow, tak sangka Zulin pandai melukis”- Netizen

Dalam pada itu, kemunculan imej terbaru Zulin mengejutkan netizen dengan penampilan terbaharunya yang kini sudah tubuh langsing dan cantik.

Nekad dengan peristiwa pahit yang pernah dialaminya sebelum ini, Zulin menjaga tubuh dengan mengamalkan diet sihat dan senaman. Cantik betul lukisan Zulin, kalau Dato Siti Nurhaliza tengok confirm terima pujian nanti.

Sumber: Instagram Zulinaziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!