“Tolonglah budak ni, kalau terjumpa dia belilah burger dia nah” – Pak Azad

Situasi yang melanda negara ketika ini telah memberikan pelbagai dugaan kepada negara dan masyarakat khususnya rakyat yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun lalu telah memberikan impak yang besar keatas ekonomi negara dan juga pendapatan orang ramai khususnya golongan penjaja serta peniaga kecil.

Ramai yang terpaksa mengambil inisiatif untuk menjaja di lampu isyarat untuk mendapatkan pembeli.

Pak Azad atau nama sebenar beliau Azad Jasmin John Louis Bin Jeffri berkongsi pengalaman apabila terserempak dengan seorang remaja lelaki yang sedang menjaja burger di persimpangan lampu isyarat ketika hujan lebat.

Tidak sampai hati melihat keadaan remaja lelaki itu, Pak Azad telah memberhentikan kenderaan untuk bertanyakan harga burger tersebut dan sekaligus membeli kesemua burger yang dijual oleh remaja berkenaan.

Video pendek yang turut dikongsikan oleh Pak Azad di instagram itu juga turut mengajak orang ramai untuk memberikan sokongan dengan membeli burger jualan remaja lelaki terbabit yang dipercayai menjaja di sekitar Shah Alam demi kelansungan hidup beliau dan keluarganya.

Penjaja seperti mereka bergantung kepada hasil jualan setiap hari demi meneruskan kehidupan seharian mereka.

Walaupun berdepan dengan ujian pujian harus diberikan kepada golongan peniaga yang tidak berputus asa dan tetap meneruskan perniagaan mereka biar apa jua keadaan sekalipun.

Menjengah keruangan komen, netizen turut merasa sebak dengan video yang dikongsikan oleh Pak Azad itu. Netizen memuji tindakan Pak Azad yang sudi membantu remaja lelaki tersebut dan juga mendoakan semoga Pak Azad serta remaja lelaki itu dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

Kasihan mengenangkan keadaan remaja lelaki tersebut yang terpaksa menjual burger di dalam hujan lebat demi kelansungan hidup.

Bagaimanapun nasib dengan penjaja lain yang turut mengalami nasib yang sama seperti remaja tersebut. Mudah-mudahan pndmk c0v1d19 ini segera berakhir dan kita semua mampu menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini.

Sumber : Instagram azadsyazieraroses

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!