“Satu2nya abg ye Putera Wakeel. Untung adik2 ada abg handsome” – Netizen

Umum sudah mengetahui bahawa Azrinaz Mazhar Hakim sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Sultan Brunei Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Putera Wakeel atau Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘ Abdul Wakeel dan Puteri Ameerah atau Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Tindakan Azrinaz yang memuat naik foto-foto putera dan puterinya di instagram menunjukkan beliau meluahkan rasa rindu kerana sudah lama tidak berjumpa dengan anak-anaknya. Azrinaz kini memiliki 4 orang cahaya mata setelah mendirikan rumahtangga pada 2018 bersama Fairos Khan Abdul Hamid.

Tidak dapat di bayangkan bagaimanakah hati seorang ibu yang amat merindui anak-anaknya. Azrinaz meluahkan rasa rindu melalui media sosial terhadap sepasang anaknya yang tinggal di istana Nurul Iman Brunei iaitu Putera Abdul Wakeel dan juga Puteri Ameerah.

Pada tanggal 1 Jun yang lalu iaitu hari ulang tahun kelahiran anak sulungnya itu, Azrinaz turut merakamkan ucapan hari lahir dan luahan rasa sayang serta rindu buat cahaya mata pertama beliau itu.

Terkini  Azrinaz telah berkongsi beberapa keping gambar anak-anak beliau. Bermula dengan gambar anak sulungnya iaitu Putera Abdul Wakeel, Puteri Ameerah, Areesya Malaykha dan Atheera Medina. Areesya dan Atheera merupakan anak hasil daripada pernikahan terbaru beliau bersama suaminya sekarang.

Menjengah keruangan komen, para pengikut beliau memuji wajah anak-anak beliau yang kini sudah meningkat remaja. Wajah Putera Wakeel mewarisi wajah ayahandanya manakala wajah Puteri Ameerah pula saling tak tumpah seperti wajah beliau.

Para pengikut beliau juga mendoakan agar hasrat beliau sebagai seorang ibu yang ingin berjumpa anak-anak dipermudahkan dan tercapai suatu hari nanti.

Ibu mana yang tidak kasih dan sayang terhadap anak-anak mereka. Sudah pasti Azrinaz juga sudah lama memendam rindu terhadap anak sulung dan anak keduanya dan begitu merindui untuk bertemu mereka.

Mudah-mudahan beliau dapat bertemu kedua-dua anaknya itu setelah pndemk ini berakhir nanti. Semoga suatu hati nanti, keluarga ini dapat bertemu dan berkongsi kebahagiaan bersama.

Sumber : Instagram azrinaz mazhar hakim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!