“Rumah xkemas tiba2 ada je jam cantik semua tu, agak2 la klu nk propa” – Michael Ang

Sejak akhir-akhir ini, ada saja kisah hubungan cinta antara Dato Seri Vida dan Iqbal tersebar di laman sosial media. Hubungan cinta melibatkan usahawan dan bekas pembantu peribadinya ini telah menjadi bualan hangat netizen sehinggakan ramai beranggapan ia adalah tujuan maarketing semata mata. Dan netizen masih mempersoalkan sejauh mana hubungan mereka berdua.

Kisah cinta Dato Vida dan Iqbal sekali lagi mencuri tumpuan pengarah popular, Michael Ang baru-baru ini. Sehinggakan Michael Ang sendiri menyindir Iqbal menerusi laman Instagramnya seperti yang didakwa oleh netizen.

Michael Ang memerli Iqbal dengan menyifatkan lakonan Iqbal tidak terlalu ‘real’ dan harus diperbaiki lagi. Bukan itu sahaja, Michael Ang juga sempat menyindir Iqbal berkaitan jam mahal.

Malah, Sindiran Michael Ang itu lebih tuju kepada Iqbal apabila ramai netizen sudah dapat meneka sendiri. Ada saja isu semasa yang dikupas oleh Michael dan dikongsi di laman Instagramnya.

Namun, posting Michael Ang itu telah menerima satu komen daripada salah seorang netizen. Netizen tersebut beranggapan Michael Ang sentiasa ambil tahu tentang gosip terkini namun perlu lebih fokus untuk menaikkan kualiti skrip drama supaya lebih bagus setara dengan drama negara lain.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengusik Michael Ang menerusi ruangan komen.

Pandai Michael Ang buat lawak ye, nasib jam halimunan tu orang kaya boleh nampak. Orang marhaen memang tak nampak lah ye hehe..

Sumber: Instagram Michaelang

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!