“Bila kakak geram dekat pipi adik”- Tokti

Dari dahulu sehingga kini, penyanyi nombor satu Malaysia Dato Siti Nurhaliza sentiasa menjadi tumpuan peminat-peminatnya. Walaupun Dato Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok ti ini sudah bergelar seorang ibu, popularitinya kekal sama sejak dari dahulu lagi. Malah anak-anak Tokti juga menjadi perhatian peminatnya apabila Tokti sering berkongsi video mereka.

Anak sulung Tokti iaitu Siti Aafiyah menjadi tumpuan peminat sejak hari pertama kelahirannya sehinggalah kini. Dan cahaya mata kedua Tokti, Muhammad Afwa pula sudah mula popular dalam kalangan peminat ibunya.

Terbaru, video Aafiyah ‘geram’ dengan kecomelan adiknya telah dikongsi oleh Tokti di laman Instagram. Reaksi comel Aafiyah yang menyentuh pipi gebu Afwa sambil menyanyi bersama ibunya mencuuri tumpuan ramai.

Video yang berdurasi 30 saat itu ditonton sehingga 1.3 juta tontonan dan mencecah hampir 2,000 komen. Tokti juga ada berkongsi rutin hariannya bersama Aafiyah dan Afwa menerusi IG story.

Ramai peminat Tokti memuji wajah comel Afwa dan memberitahu wajah Afwa lebih mirip kepada bapanya, Datuk Khalid.

Tokti sentiasa berkongsi video perkembangan anak-anaknya di laman sosial media memandangkan ramai suka melihat video Tokti bersama Aafiyah dan Afwa.

Dalam pada itu, kehadiran Aafiyah dan Afwa adalah hasil daripada proses IVF yang berjaya dilakukan sebelum ini oleh Tokti dan Datuk Khalid.

Haih geram tengok pipi Afwa, sampai Aafiyah pun rasa nak picit je pipi adiknya. Semoga Aafiyah dan Afwa membesar jadi anak yang cerdik ya..

Sumber: Instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!