“Dua orang ni tak pernah tak lawak” – Netizen

Walaupun industri hiburan telah banyak melahirkan bakat-bakat baharu tidak kira dalam bidang lakonan, nyanyian mahupun melawak, namun orang-orang veteran masih lagi mampu menghibur para peminat. Bakat baharu yang hadir memang tidak mampu menandingi mereka yang telah lama berkecimpung dalam industri tanah air. Masih banyak lagi peminat yang menanti perkembangan baharu dari artis-artis lama ini.

Siapa tak kenal lagi dengan gerangan nama besar pelakon dan pelawak terkenal Khir Rahman dan Joey Daud. Kedua mereka yang sudah lama berkerjaya dalam industri tanah air ini dilihat mempunyai ikatan persahabatan yang sangat akrab setelah menyertai rancangan realiti hiburan bersama.

Berbeza dengan Joey Daud yang lebih tertumpu kepada bidang lakonan dan lawak sahaja, Khir Rahman pula lebih berpengalaman dalam pengarahan filem dan drama serta penulis lirik terkenal dalam industri hiburan.

Mencari jalan bagi tujuan promosi pembikinan filem yang kini sedang dijalankan, kedua sahabat rapat ini telah membuka akaun TikTok sebagai alternatif. Gelagat lucu mereka berdua memang sentiasa mencuri perhatian sekaligus menghiburkan ramai mereka yang menonton.

Video dari akaun Tiktok Joey Daud yang telah dikongsi dalam akaun Instagram pihak Astro ini telah membuat ramai yang tak kering gusi melihat gelagat dua otai ini. Bukan sahaja sepakat melakukan video menari bersama, malah baju yang dipakai pun seperti kembar sahaja.

Katanya, kedua artis hebat ini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaru mereka yang bertajuk Janggo. Pasti ramai yang masih ingat, nama Janggo juga telah digunakan oleh mereka berdua semasa menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar.

Netizen berpendapat bahawa jika mereka sudah bergabung memang ada saja perkara lucu yang dilakukan. Walau sudah lama bertapak di industri hiburan, namun masih ramai peminat yang sentiasa menyokong dan menantikan gelagat lucu dari mereka berdua ini.

Memang hebat dua artis lama ni. Lepas tamat je tayangan filem Gadis Jolobu di pawagam, kini ada lagi pembikinan filem yang menggandingkan kedua mereka. Selamat maju jaya diucapkan buat Khir Rahman dan Joey Daud atas filem terbaru yang bertajuk Janggo ini.

Sumber: Instagram Astrogempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!