“Bestlah siap ada drama dgn menantu, pandai buat review power kreatif”- Zarina Zainuddin

Nikmat sebuah rezeki dari Allah SWT merangkumi semua aspek dan bukan hanya duit sahaja. Keluarga yang bahagia dan anak-anak antara rezeki yang cukup besar buat kita semua.Bukan itu sahaja, mempunyai mertua yang baik itu juga sebahagian rezeki yang diberi Allah SWT. Maka kita perlu lebih bersyukur dengan pelbagai bentuk rezeki yang diterima.

Pasti ramai mengenali pelakon dan pengarah, Sheila Rusly yang begitu sinonim dengan kehandalannya memasak di dapur. Malah video masakannya yang dikongsi di Instagram juga sentiasa menjadi tontonan ramai.

Apa sahaja resipi yang terkini, pasti Sheila Rusly berkongsi cara memasak yang mudah dan cepat. Ramai tahu Sheila seorang yang rajin memasak walauun sibuk dengan kariernya sebagai seorang pengarah dan juga seorang pelakon.

Seeprti yang ramai tahu, Sheila kini lebih aktif memasak bersama menantu barunya iaitu Elisya Sandha. Gandingan mertua dan menantu ini sentiasa menjadi tumpuan netizen. Sungguh padan dan sesuai sangat mereka berdua. Elisya juga cekap memasak di dapur sama seperti ibu mertuanya.

Baru-baru ini, video review produk Daging Harimau Menangis gandingan Sheila dan Elisya menerima pujian daripada rakan artis dan netizen.

Rakan artis iaitu Zarina Zainuddin memuji hasil video kreatif Sheila untuk tujuan review. Walaupun ia hanyalah sekadar review namun semua video yang dihasilkan Sheila cukup kreatif dan mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri.

Ramai juga memuji sikap baik Sheila terhadap satu-satunya menantu dan hubungan mesra antara mereka sentiasa menjadi perhatian.

“Suka tengok mak mentua dengan menantu ni, comel lah mentua dgn menantu ni”- Netizen

Bukan itu sahaja, video masakan Sheila sentiasa membuatkan netizen automatik jadi lapar hehe.. Setiap kali review masakan je, terus ramai nak beli. Untungnya Sheila ada Elisya, boleh tolong review sekali.

Sumber: Instagram Sheilarusly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!