“Satu Malaysia dah tahu camne mummy dia kat rumah” – Netizen

Sejak PKP dijalankan di negara kita, ramai terpaksa bekerja dari rumah dan sudah jadi kebiasaan buat mereka. Banyak cabaran yang terpaksa dilalui lebih-lebih lagi apabila ibu bapa yang bekerja dari rumah. Cabaran paling besar bagi ibu bapa ialah anak-anak mereka memandangankan sekolah juga tidak beroperasi sepanjang PKP. Maka ramai kanak-kanak belajar secara online di rumah sahaja.

Lebih mencabar buat ibu bapa ketika mereka mempunyai anak kecil yang perlu dijaga dan dipantau sambil membuat kerja. Begitulah yang dilalui oleh penyampai radio, Feeya Iskandar apabila terpaksa berdepan dengan cabaran tatkala bekerja dari rumah.

Feeya berkongsi cabaran yang dilaluinya di laman instagramnya. Pengalaman Feeya bekerja dari rumah mencuit hati netizen apabila beliau sendiri bertukar kepada ‘siinga garang’ bila dikacau oleh anaknya ketika bekerja.

Mujurlah ia hanyalah sebuah rakaman semula bagi program radio. Jika siaran langsung, kemungkinan satu malaysia boleh dengar leteran Feeya hehe..

Sementara itu, video yang dimuatbaik Feeya telah menerima tontonan sebanyak 42,000 tontonan dan reaksi lucu di ruangan komen.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Feeya memarahi anaknya dan itulah cabaran besar buat semua wanita yang bergelar ibu.

“Hahaha nasib baik rekod, Akak mengamok tetap comel, Biasalah kita tengah buat krja, ntah pape dia buat saja je mengundang maarah hehe”- Netizen

Banyak juga cabaran buat ibu di luar sana. Tambah-tambah lagi kena kerja dari rumah, memang terpaksa kawal anak supaya tak diganggu time kerja. Sabar betul tengok Feeya layan anaknya hehe..

Sumber: Instagram Feeyaiskandar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!