“Kat Malaysia semua kena pi kedai, di sana tepi jalan ja” – Netizen

Bukan senang bila kita terpaksa meningg4lkan negara kelahiran dan tempat dimana kita membesar untuk berhijrah ke negara orang. Selain terpaksa untuk menyesuaikan diri, suasana persekitaran juga pastinya akan berubah dan tidak sama dengan negara tercinta sendiri. Namun, buat mereka yang bersahaja dan tidak cerewet pastinya lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan suasana tersebut.

Terpaksa berhijrah demi bersama suami tercinta, Nourul Wahab Depp kini sudah membuat pilihan untuk menetap di negara seberang iaitu Bali. Sebuah tempat yang tidak asing didengar, pasti ramai yang sudah tahu dengan keindahan kota Bali di mata pelancong. Tidak sangka bukan hanya itu, kemudahan lain pun senang untuk dimiliki.

Nourul yang kini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama warganegara Paris iaitu Eric Daniel Depp, dia kini lebih tenang dengan kehidupannya sebagai suri rumah dan membuat perniagaan secara atas talian sahaja.

Anak sulungnya yang bernama Ayu Hazirah hasil perkahwinan bersama Ajai yang lalu, telah memilih untuk kekal tinggal di Malaysia walaupun terpaksa berulang-alik demi menemui ibu tersayang di Bali.

Dalam entri terbaru di Instagramnya, Nourul telah berkongsi momen-momennya selama berada di Bali yang tidak dapat dilihat di negara Malaysia. Tidak perlu berjauh-jauh demi mendapatkan barangan keperluan rumah, hanya di seberang jalan sahaja dia sudah boleh membeli segala peralatan membersih rumah termasuklah penyapu, baldi dan lain-lain lagi.

Tidak bersendirian, dalam video tersebut dia turut membawa anaknya yang bernama Zach untuk ikut bersama menaiki motor mencari penyapu. Lucunya, orang tua yang menjual penyapu tersebut juga turut serta masuk dalam video yang dirakamkan.

Netizen memuji tinggi sikap rendah diri yang dimiliki oleh Nourul itu. Walaupun bergelar artis, tetapi dia dengan selambanya membawa motor juga tidak segan untuk berkongsi video tersebut bersama peminat dan orang ramai di Instagram.

Seronok tengok kehidupan baru Nourul dan keluarga di negara seberang. Macam tiada apa masalah pun, sentiasa gembira je masing-masing. Nourul dan anak-anak pun tiada masalah tinggal di suasana yang sangat berbeza dari sebelum.

Sumber: Instagram Nourul Wahab

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!