“Dia cakap penat woo GV9 kena jaga kak kepom” – Netizen

Rancangan realiti hiburan ni jika tak kena dengan pengacara yang berperanan besar memeriahkan suasana pasti rasa tak seronok jika nak tonton sampai habis. Pemilihan pengacara yang tetap merupakan aspek penting dalam menjayakan sesebuah rancangan realiti secara langsung bagi menghibur penonton agar setia sehingga ke penghujung rancangan. Kalau hos rancangan pun best, mesti melekat je mata penonton nak tengok sampai habis.

Jika pada musim lepas rancangan realiti nyanyian Gegar Vaganza ini telah diacarakan oleh kedua orang pelawak terkenal iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse, kini musim terbaharu pihak produksi telah memilih untuk mengganti pengacara wanita yang bakal mendampingi Nabil iaitu Elly Mazlein.

Rancangan hiburan yang mula ditayangkan sejak tahun 2014 ini kian mendapat sokongan dari peminat yang sentiasa menunggu dari musim ke musim. Tak kalah saing dengan kehebatan pengacaraan Jihan Muse, gelagat Elly Mazlein sewaktu menjadi pengacara juga dipuji bagus dan sangat menghiburkan para penonton.

Tidak hanya menjadi pengacara gandingan dalam Gegar Vaganza, Elly Mazlein dan Nabil Ahmad turut menjadi hos bersama dalam rancangan Ceria Popstar Xtra yang ditayangkan di Astro Ceria.

Video lucu yang dikongsikan oleh Elly Mazlein di laman Instagramnya itu telah menarik perhatian ramai apabila terlihat wajah Nabil yang sedang lena tidur sehingga ternganga mulutnya. Bukan saja lucu melihat wajah Nabil, mereka juga tertumpu dengan andaian yang mengatakan wajah letih Nabil itu adalah kerana menjaga Elly Mazlein yang sangat lincah dan aktif.

Gandingan hebat Elly Mazlein dan Nabil Ahmad membawakan pertandingan ini secara tidak langsung telah menerima maklum balas yang cukup baik serta dapat menarik lebih ramai lagi untuk menonton pada konsert seterusnya.

Energi  yang ditampilkan oleh Elly Mazlein dipuji luar biasa sehingga tidak menunjukkan sebarang kelelahan sewaktu membawa acara Gegar Vaganza episod pertama tersebut. Para peminat turut menasihatkan agar Elly menjaga kesihatan kerana ramai mereka yang menanti penampilannya pada hari ahad akan datang.

Memang tak kering gusi dibuatnya bila tengok balik gelagat lucu dan lincah dari Elly Mazlein. Ramai juga yang dah tak sabar nak dengar kedua hos Elly dan Nabil menyanyi lagu Kini Kau Tiada pada minggu ni.

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!