“Sekolah tu yg saalah, perempuan tak pernah saalah tau” – Netizen

Bukan biasa-biasa semangat Pilihanraya Umum pada tahun ini. Yang dekat malah yang jauh semua berpusu-pusu pulang ke kampung untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat. Para artis juga kebanyakannya tidak ketinggalan mengharungi hari mengundi ini bersama-sama orang biasa di luar sana. Kebanyakan sekolah yang dipilih sebagai tempat mengundi ini telah menjadi kekeliruan buat pelakon cantik yang sorang ini ketika hendak membuat undian.

Tular dengan kejadian tidak disangka-sangka yang telah berlaku menimpa pelakon cantik Siti Elizad semasa keluar mengundi semalam. Bangun seawal 6 pagi dengan semangat untuk keluar mengundi akhirnya telah menjadikan dirinya dalam keadaan terpinga-pinga setelah sampai untuk mengundi.

Siti Elizad yang ketika itu telah merakamkan kesuluruhan perjalanan bersama suami sebagai camera man turut ditegur oleh beberapa petugas di tempat mengundi apabila melihatkan kegigihan lelaki itu demi mengambil video isteri tersayang.

Pasti ramai yang sudah tahu dengan kisah kehidupan pelakon cantik ini yang masih menunggu kehadiran cahaya mata buatnya dan suami.

Walaupun sering diberi bermacam tom4han bur0k dari netizen berkenaan perkara itu, namun dia masih tetap kuat dan ceria menghadapi situasi tersebut sebagai public figure yang dikenali ramai.

Agak lucu dan tragis pengalaman yang dialami oleh Elizad sewaktu tibanya dia di sekolah dan berebut untuk beratur agar menjadi yang terawal untuk mengundi, namun setibanya giliran di depan pintu namanya tiada pula. Sudahlah terpaksa menahan sakit perut sewaktu beratur menunggu giliran, tiba-tiba lain pula yang jadi.

Akibat tidak memeriksa maklumat tempat mengundi dengan betul, ternyata Elizad telah pergi ke sekolah yang s4lah. Tidak berputus-asa selepas itu, dia terus bergegas ke sekolah yang betul dan terpaksa untuk menghadap giliran beratur sekali lagi.

Video lucu yang dikongsikan olehnya itu telah menjadi tumpuan para artis untuk memberikan komen antaranya Diana Danielle, Elfira Loy, Sharifah Shahirah dan ramai lagi. Elfira juga telah mengingatkan awal kepada dirinya untuk memeriksa nama sekolah dengan betul sebelum pergi.

Macam-macam gelagat artis kita ni bila keluar mengundi. Boleh lah jadikan pengajaran buat orang ramai apabila nak menghadiri sesi mengundi untuk PRU akan datang kan. Mesti Elizad lepasni akan lebih teliti lagi kalau nak pergi mengundi.

Sumber: Instagram Elizad Sharifuddin

Artikel Ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!