“Jari ke mesin jahit tu, laju betul” – Achey

Kebolehan dan bakat anak janganlah kita persiakan. Kadang kala bakat mereka itulah yang membawa mereka kepada karier yang selama ini mereka idamkan dan menjadi seorang yang berjaya. Sebagai ibu bapa kita perlu memberi dorongan dan menyokong minat anak-anak kita supaya minat itu dapat memberi impak hebat pada mereka. Yaa, bukan senang untuk mendidik anak kita untuk mencapai kejayaan.

Sharifah Shahira bukan sahaja dikenali sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara radio wanita tempatan, beliau juga dikenali sebagai seorang ibu yang sempoi dan memahami minat setiap anak-anaknya.

Dikurniakan 5 orang anak bukanlah tugas yang mudah dalam mendidik. Apatah lagi membimbing mereka mendalami minat mereka sehingga berjaya.

Anak ketiga Shahirah iaitu Airra, dilihat sangat meminati muzik dan bermain guitar. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, Airra juga meminati bidang hiburan seperti ibu dan ayahnya.

Baru-baru ini, Airra yang baru sahaja mencapai umur 14 tahun pada tahun ini menunjukkan bakatnya bermain gitar bersama abangnya di rumah kediaman beliau.

https://www.instagram.com/p/CUE6LZoFDDD/?utm_medium=copy_link

Dilihat di dalam video tersebut, Airra main gitar milik beliau seperti seorang professional. Shahirah berkata bahawa terdapat rakan beliau mengatakan petikan gitar Airra agak sumbang namun beliau berkata tidak apa kerana Shahirah akan menghantar anaknya ke kelas gitar.

Rakan artis yang lain sangat teruja melihat Airra bermain gitar beliau dengan lajunya. Achey sempat berseloroh di ruang komen dengan bertanya bahawa adakah itu jari atau mesin jahit kerana terlalu laju.

Bukan itu sahaja, netizen pun teruja dan terkejut melihat aksi Airra bermain gitar kerana Airra dapat bermain seperti pakar padahal beliau hanya belajar sendiri dan belum berguru lagi.

Orang kata minat itu datang kemudian baru lah bakat. Namun untuk Airra, sepertinya beliau sudah ada auranya sendiri dan bakat yg sudah terpendam lama. Mana tau satu hari nanti Airra dapat menjadi antara tokoh muzik tersohor pada masa hadapan kelak.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!