“Apesal laa ada dua perempuan dalam kereta ni” – Azad Jazmin

Tidak kiralah berapa umur kita sekali pun, di pandangan ibu dan ayah kita semua masih seperti anak kecil walaupun sudah meningkat dewasa. Beruntung sekali buat mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah untuk menjadi tempat bermanja dan bergurau-senda. Kasih sayang dari kedua insan ini memang tiada tolok gantinya sampai bila-bila.

Senang melihat gelagat lucu dan hubungan rapat antara pelawak terkenal Azad Jazmin dan ibunya ini. Tak cukup dengan isteri dan anak-anak yang disakatnya saban hari, ternyata ibu juga merupakan mangsa sakatannya sehingga tak kering gusi dibuatnya melayan anak kesayangannya itu.

Sikap hum0ris dari suami kepada Eira Syazira ini memang sudah dikenali ramai. Telatah lucu Azad Jazmin atau mesra dipanggil Pak Azad yang juga sering dikongsi oleh Eira di Instagramnya itu sering kali mendapat sambutan ramai kerana telatahnya yang menghiburkan.

Perkahwinan hampir mencecah 11 tahun oleh pasangan romantis ini telah diceriakan lagi dengan kehadiran tiga orang puteri yang bernama Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.

Tak keruan memandu dibuatnya Pak Azad apabila membawa dua penumpang perempuan di dalam kereta iaitu isteri serta ibunya. Ada sahaja yang hendak diperkatakan oleh kedua mereka ini tentang pemanduan Pak Azad sehingga str3ss dia memikirkannya.

Video itu telah dikongsi oleh Eira yang mengatakan bahawa mereka bertiga sedang dalam perjalanan membawa ibu mertuanya itu untuk berjalan. Namun gelagat mereka sekeluarga sungguh mencuit hati apabila Pak Azad pula mula merajuk apabila cara pemanduannya dikriitik oleh ibu.

Ada yang merasa bahawa cara Pak Azad bergurau dengan ibunya agak sedikit k4sar, namun faham bahawa setiap orang mempunyai cara mereka masing-masing ketika bergurau dengan orang tersayang. Namun ramai juga yang berkongsi bahawa mereka juga menghadapi situasi yang sama jika membawa ibu sebagai penumpang, pasti ada sahaja yang ingin diperkatakan.

Memang kelakar tengok Pak Azad layan ibunya. Tak sampai seminit merajuk terus masuk kereta balik. Ibu Pak Azad pun sampai tak dapat menahan tawa melihat perangai Pak Azad yang menghiburkan itu.

Sumber: Instagram Eira Syazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!