“Alolo bagusnya rendah diri yaa”- Netizen

Kebanyakan anak kecil berminat dalam proses pembelajara. Ketika mereka sedang membesar, pelbagai perkara yang cuba dilakukan dan banyak perkataan yang cuba diungkapkan. Kebiasaannya kita lihat anak-anak kecil ini mudah belajar dan terikut dengan perkataan yang kita sendiri ungkapkan. Itulah proses pembelajaran anak-anak kecil yang membuatkan ibu bapa juga turut teruja melihatnya.

Seperti Fazura, beliau sering bertutur dengan anaknya iaitu Fatima supaya anak kecil itu bijak bertutur. Tengoklah Fatima, baru usia dua tahun namun si cilik ini sudah pandai ‘membebel’ hehe..

Fatima antara selebriti cilik yang menjadi tumpuan ramai peminat. Almaklumlah, ibunya juga punya ramai peminat tegar, anak pun mestilah ada kan..

Peminat pun suka melihat keakraban Fazura dan anaknya, cukup mesra dan tak dinafikan Fatima pun rapat dengan bapanya.

Baru-baru ini, Fazura berkongsi sebuah video yang menunjukkan gelagat comel Fatima. Sempat lagi Fazura ajak Fatima bersembang.

Lebih melucukan apabila gelagat Fatima membalas soalan ibunya membuatkan kita sendiri gelak melihat si cilik ini.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat Fatima dan ada juga yang menegur Fazura supaya membetulkan cara soalannya.

Dalam pada itu, video Fazura telah mencapai 740,000 tontonan dan pelbagai respon daripada netizen.

Gelagat Fatima memang sentiasa menghiburkan, ada sahaja telatah comel si cilik ini.

Laju betul Fatima jawab soalan mummy dia kan.. Semoga Fatima membesar dengan bijak dan sihat ye..

Sumber: Instagram fazura.klselangor

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!