“Isaac cakap, apa mummy ni” – Aiman Hakim Ridza

Menjadi seorang ibu memang ada kalanya mencabar, kadang si kecil menjadi penghibur yang cukup membahagiakan dan pelbagai lagi perasaan timbul sejak adanya insan bergelar anak dalam hidup seseorang wanita. Barangkali itulah gamaknya yang ingin diluahkan pelakon, Zahirah MacWilson seperti dikongsikan dalam video Instagramnya ini. Sama ada hanya sebagai liburan atau luahan isi hatinya, dengarkan sajalah omelannya itu.

Apa menarik perhatian netizen, Zahirah seakan ‘tiber…’ meluahkan kata antaranya seperti baru sedar dirinya mempunyai anak dan perlu bertanggungjawab terhadapnya. Sambil berkata-kata, ketawa ‘tersepit’ pula.

Hinggakan bukan sahaja netizen, anaknya, Isaac duduk di sebelah ibunya tu pun berkerut dahi dibuatnya seakan dalam hatinya berkata, ‘Isaac: “apa ni mummy…”’ seperti coret suaminya, pelakon, Aiman Hakim Ridza, di ruangan komen.

Adeh… bukan sahaja cantik bergaya, lucu juga Zahirah ni ya… Apa pun sebagai seorang ibu tentu memang ada ketikanya, datang ‘meroyan’ tatkala ingin meluahkan sesuatu tentang diri atau orang sekeliling.

Yang pasti, buat apa pun ibu anak seorang itu tetap nampak comel. Tak kurang juga netizen yang bertanyakan sama ada Zahirah dalam keadaan okey atau sebaliknya. Maklumlah lain macam pula hantarannya itu.

“Isaac pun in character juga”, “mak aku ni dah kenapa?”, “Ape benda ni gelak2 sendiri mommy“,” “Mommy ok tak ni ?”, “Hahahahhaha plik dia tengok mummy dia camtu”, “u r being dramat1c mom”. Itu antara komen netizen.

Kini berusia 27 tahun, Zahirah terkenal menerusi beberapa drama televisyen antaranya ialah Mencintaimu, Cik Cinderella dan Encik Tengku, Duda Pujaan Dara, Tak Ada Cinta Sepertimu dan Jangan Benci Cintaku.

Bapa wanita yang juga graduan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Curtin di Perth, Australia ini ialah Zainol Johari MacWilson, bekas penyampai berita TV3 dan pelakon.

Pada Disember 2018, Zahirah dilaporkan menjalin hubungan dengan Aiman Hakim Ridza ketika sama-sama membintangi drama Curi-Curi Cinta. Zahirah dan Aiman bertunang pada 8 Jun 2019 di Perth, Australia.

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2020. Januari tahun lalu, Zahirah dan Aiman dikurniakan cahayamata sulung, Isaac Raees. Moga Zahirah terus jadi ibu yang baik dan penyayang serta berbahagia bersama keluarga tercinta.

Sumber : IG Zahirah MacWilson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!