“Iman dari peserta skrg dah jadi artis jemputan icsyvm” – Netizen

I Can See Your Voice Malaysia satu program yang mempunyai peminatnya tersendiri, malah untuk menjaga rating program, pihak penganjur meminta para peserta merahsiakan identiti dan hanya diberitahu keahlian selepas program disiarkan, tetapi sebaliknya untuk para artis yang boleh mempromosikan iklan terlebih dahulu. Sebelum ini dihos kan oleh Shuk Sahar dan Sean Lee, kini pengacaranya ialah Ain Edruce dan Izzue Islam.

Program Icsyvm ini telah mempunyai 5 musim. Sekarang musim ke lima dan sudah berada di episod 8. Pada episod 8 ini artis undangannya adalah Iman Troye. Pada hari Ahad, 3 Julai, jam 9.00 malam di tv3.

Iman Troye, seorang penyanyi yang telah berjaya menapak diatas bakat sendiri dan membina nama bersama artis-artis hebat tanah air. Beliau sama berbakat dan dapat berdiri bersama artis setanding seperti Mk K-clique, Nabila Razali dan ramai lagi artis baru.

Rupanya sebelum bergelar artis, Iman telah menyertai I Can See Your Voice Malaysia pada Musim ke tiga, dan tersingkir ketika pusingan kedua. Ketika itu Nabila Razali menjadi artis jemputannya.

Kini, 2022, beliau pula duduk pada kerusi artis jemputan dan ia adalah suatu kenangan yang terindah juga bersejarah apabila beliau yang dulu pernah berada di kerusi peserta tetapi kini sebagai artis yang memilih peserta.

Siapa saja yang tidak akan ingat dimana pernah beliau berada sebelum berjaya. Tempat jtuh lagi dikenang, inikan pula temapt bermain. Walaupun sudah menjadi perkara yang lepas tetapi para peminat masih mengingati, dan masih menjadi bualan.

Doa Nabila Razali yang pernah mengatakan bahawa Iman Troye akan berjaya diluar sana, dan ya, sehingga kini Iman Troye telah menjadi artis pujaan dan mempunyai peminat sendiri. Malah beliau juga telah popular diseluruh Malaysia.

Jikalau sudah rezeki tidak kemana. Pastinya tiap-tiap usaha yang kita usaha dan tidak pernah putvs asa pastinya akan menjadikan ia hasil yang merupakan kejayaan yang berpanjangan. Lihat komen-komen peminat Iman yang masih ingat tentang peristiwa Iman tersingkir.

Iman Troye bermula dengan bakatnya yang unik ketika menyanyi rap dan usianya yang masih muda, bermula pada 2018, sehingga kini beliau bergelar seorang penyanyi.

Sumber: instagram tv3malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!