“Alhamdulillah congrats, semoga mummy dan baby sihat”- Netizen

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mendambakan kehadiran zuriat. Ramai selebriti wanita sudah mula berbadan dua selepas berkahwin antaranya Neelofa, Syatilla dan terbaru, penyanyi Ernie Zakri. Ernie secara rasmi mengumumkan dirinya kini mengandung menerusi laman Instagramnya. Tahniah buat Ernie dan selebriti wanita lain, sudah pasti ramai peminat sudah ternanti-nanti kelahiran bayi comel mereka nanti.

Ramai sudah duga Ernie sudah berbadan dua selepas melihat baby bump Ernie namun belum disahkan oleh Ernie sendiri. Dan terbaru, Ernie telah memgesahkan dirinya mengandung menerusi posting foto di Instagram.

Ernie berkongsi foto menunjukkan dirinya bersama Syamel sedang memegang buku panduan kehamilan beserta kapsyen “Alhamdulillah untuk rezekimu Ya Allah, engkau permudahkanlah perjalanan kami.”

Ernie menyatakan perasaan bersyukur selepas menerima keputusan dirinya hamil dan ramai rakan artis menzahirkan ucapan tahniah buat Ernie dan Syamel.

Netizen juga tidak ketinggalan memberi ucapan tahniah buat penyanyi kesayangan mereka.

Dalam pada itu, posting Ernie telah memcapai 69,000 tanda suka sejak dimuatnaik sebentar tadi.

Tahniah buat Ernie dan Syamel. Favourite pasangan ni, suka tengok diorang sejak diorang berkawan baik dulu. Alhamdulillah tak lama lagi dapat lah junior Ernie Syamel hehe..

Sumber: Instagram erniezakri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!