“Tutorial pakai tudung dgn sempurna xde ke, asyik nk cntik je xleh gak” – Netizen

Berhijab telah menjadi satu kewajipan buat semua wanita islam. Dalam Islam juga, berhijab adalah satu ibadah yang wajib dan boleh mendapat pahala. Jika kita lihat sekarang, ramai selebriti wanita Malaysia telah bertudung dan penampilan mereka lebih cantik serta sopan berbanding dahulu. Tatkala mereka bermula untuk bertudung, tutorial bertudung sangat diperluukan dan sekaligus boleh membantu mereka menguruskan penampilan mereka.

Antara selebriti wanita yang suka berkongsi tutorial bertudung iaitu pelakon dan pengacara, Mira Filzah. Penampilan Mira Filzah sentiasa menjadi ikutan dalam kalangan wanita. Tidak kira gaya tudung atau pakaiannya, pasti menjadi trend buat wanita Malaysia.

Malah, Mira Filzah sering berkongsi tutorial pemakaian tudung menerusi laman Instagramnya. Apa sahaja perkongsian tutorial tudung yang digayakan oleh Mira Filzah, pasti akan mencuri tumpuan ramai.

Namun baru-baru ini, Mira Filzah dikecam oleh sebahagian netizen apabila beliau berkongsi tutorial tudung yang tidak menutup aurat depan. Tutorial tersebut menunjukkan pemakaian tudung yang dipakai oleh Mira Filzah agak singkat dan tidak mengikut syariat Islam.

Posting video berkenaan telah ditonton sehingga 50,000 sejak satu hari lalu. Rata-rata netizen memberi teguran menerusi ruangan komen itu. Ada juga sebahagian netizen yang memuji wajah cantik Mira.

Mungkin selepas ni Mira Filzah akan lebih banyak berkongsi tutorial tudung menutup dada selepas ditegur netizen. Kita nantikan next tutorial dari Mira Filzah ye

Sumber: Instagram Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!