“Peliklah knp kita sebagai melayu bila sembang dgn bangsa lain, mesti slang loghat depa” – Netizen

Pelanduk dua serupa. Itulah peribahasa yang dapat digambarkan bila dua orang berlainan identiti mempunyai wajah yang sama. Ramai pernah mengalami situasi sebegitu apabila terserempak dengan orang yang sama wajah dengannya. Begitu juga buat penyanyi Shiha Zikir. Jika kita lihat, Shiha mempunyai wajah yang sama seperti penyanyi popular, Dato Rossa. Sekali imbas bila melihat mereka berdua, memang seiras sangat.

Lebih teruja lagi, Shiha menerima jemputan Live dari Dato Rossa baru-baru ini. Beruntung sungguh Shiha Zikir..

Malah Shiha juga tidak sangka apabipa Dato Rossa sendiri mempromosikan single terbaru Shiha iaitu Irama yang baru dikeluarkan. Shiha menerusi kapsyennya dengan teruja memberitahu, beliau sangat mengagumi sikap rendah diri yang dimiliki oleh Rossa meskipun Rossa antara artis popular di Indonesia dan Malaysia.

Shiha menyatakan perasaan sebak dan terharu apabila Rossa sendiri menyokong lagu terbaru Shiha.

Menerusi posting di laman instagram Shiha, beliau telah memuatnaik paparan video Shiha live bersama Rossa. Video tersebut mencuri tumpuan ramai apabila rata-rata netizen akui, wajah Shiha sama seperti Rossa.

Video Shiha yang dikongsi itu telah ditonton sehingga 80,000 tontonan. Rakan-rakan artis turut mngalkan komen buat Shiha.

Namun, ada salah satu komen menarik perhatian Shiha. Salah seorang netizen menegur cara Shiha bercakap sengaja meniru gaya cakap bahasa Indonesia dan tidak menggunakan bahasa Melayu. Ini jawapan Shiha.


Memang betul sama muka Shiha dengan Rossa. Sama cantik sama manis mereka berdua ni.

Sumber: Instagram shihazikir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!