“Lahhh tak kenal lah, stylo” – Bonda Rozita Ibrahim

Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida dikenali kerana memiliki rangkaian produk yang laris dalam pasaran. Promosi yang dilakukan oleh syarikatnya juga menjadi apabila pernah menaja beberapa program hiburan popular menyebabkan pasangan ini sangat dikenali dalam masyarakat. Kedua- dua pasangan ini juga pernah menjadi penyanyi apabila Dato Aliff Syukri mempunyai beberapa rangkaian lagu popular manakala Datin Shahida pula pernah menganggotai kumpulan nasyid Solehah.

Dato Aliff bukan sahaja bergelar penyanyi malahan beliau juga pernah berlakon di dalam filem Badang membawa watak utama dan juga mengeluarkan beberapa lagu seperti Bobo Dimana, Abang Nak Tegur, Coba Bahagia, Biar Apa Orang Kata dan yang terbaru di hasilkan sekitar bulan syawal yang lalu iaitu lagu Lalala Raya. Rata-ratanya rakyat Malaysia memanggil beliau sebagai Abang Terlajak Laris di mana Terlajak Laris merupakan slogan syarikat beliau iaitu Dherbs.

Bukan mudah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Namun berkat sikap Dato Aliff yang sentiasa merendah diri dan sangat menghormati ibu serta arwh ayahnya, Dato Aliff mampu mengecapi kejayaan seperti hari ini.

Di samping itu juga Dato Aliff juga sering bersedekah serta berbuat amal. Seiring dengan peningkatan usia, Dato Aliff berkata beliau kini semakin matang menjalani kehidupan dan hanya mahu menghabiskan masa bersama keluarga tersayang.

Orang kata di sebalik kejayaan seorang lelaki pastinya mempunyai sokongan yang kuat di belakangnya daripada seorang wanita. Wanita tersebut tidak lain tidak bukan ialah isteri Dato Aliff iaitu Datin Shahida sendiri.

Terkini menerusi Instagram, Datin Shahida telah berkongsi sekeping gambar beliau sedang mempromosikan tudung terbaru keluaran syarikat beliau. Bagaimanapun penampilan beliau kali ini kelihatan agak berbeza menyebabkan ramai peminat memuji perubahan penampilan Datin Shahida itu.

Gambar berkenaan juga turut menarik perhatian ibu mertua beliau sendiri iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang memuji menantunya kelihatan sangat bergaya apabila mengenakan gaya tudung berkenaan.

Sebagai seorang isteri, Datin Shahida sentiasa menyokong suaminya itu dan banyak membantu dalam menguruskan perniagaan suaminya termasuklah mempromosikan pelbagai produk keluaran syarikat mereka.

Para pengikut akaun Instagram Datin Shahida tidak putus memuji wajah beliau kerana kelihatan lebih muda dan penampilan beliau kali ini berjaya menyerlahkan sisi dirinya yang berlainan daripada yang kebiasaan dikongsikan oleh beliau di media sosial sebelum ini.

Cantik betul Datin Shahida sampai kan ibu mertua beliau pun puji. Berikut dikongsikan komen – komen netizen.

Ramai pula yang tak percaya apabila Datin berkongsi gambar berkenaan. Sehingga netizen berkali – kali meminta kepastian. Nampak lebih muda remaja pula Datin Shahida. Ramai yang sukakan pasangan ini sekarang. Dato Aliff dan Datin Shahida adalah pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Walaupun mempunyai pangkat tapi Datin Shahida dan Dato Seri Aliff Syukri tetap seorang merendah diri dan tidak pernah melupakan asal usul mereka. Tahniah kerana sudah menjadi contoh yang baik kepada masyarakat semua.

Sumber : Ig Datin Shahida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!