“Sama birthday mestila sama perangai jd fhm2 je la anak jd lagu mana”- Sharnaaz Ahmad

Berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anaknya Jebat Jayden, Sharnaaz berkata beliau agak buntu untuk menyediakan hadiah yang sesuai untuk anaknya itu. Memandang hari ulang tahun kelahiran anaknya semakin hampir, baru- baru ini Sharnaaz ada bertanyakan kepada para pengikut akaun Instagram beliau mengenai cadangan hadiah yang paling sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia 3 tahun.

Namun lain pula yang di cadangkan oleh para netizen apabila kebanyakkan komen yang di terima oleh pelakon tersebut lebih kepada usikan yang mencadangkan supaya Sharnaaz memberikan ‘hadiah’ seorang mama baru kepada Jebat.

Jebat yang bakal menginjak usia 3 tahun pada bulan Ogos ini mempunyai tarikh lahir yang istimewa kerana berkongsi tarikh lahir berkenaan dengan Sharnaaz. Jebat Jayden dilahirkan pada 30 Ogos 2018 bersamaan pada hari lahir Sharnaaz yang ke 33 sewaktu Sharnaaz menimang cahaya mata sulungnya itu.

Menyingkap perkembangan terbaru kehidupan pelakon tersebut, selain kini sedang sibuk berniaga beliau juga turut aktif memuatnaik beberapa video di saluran Youtube beliau yang menunjukkan ulasan yang dilakukan olehnya untuk beberapa jenis makanan.

Ulasan yang dilakukan oleh pelakon Bukan Aku Tak Cinta tu di gemari oleh para penonton kerana sikap dirinya yang bersahaja serta jujur dalam memberikan komen.

Terkini menerusi instagram, Sharnaaz berkongsi sebuah video yang memaparkan anaknya Jebat lengkap berpakaian salah satu watak filem popular iaitu “Spiderman”. Jebat kelihatan sangat gembira dan dilihat menari- nari sambil memakai sut lengkap watak filem popular berkenaan. Menariknya lagi apabila Sharnaaz berkongsi bahawa dirinya juga turut membeli sut yang sama demi melayani anak kesayangannya itu.

Menerusi video yang berdurasi beberapa minit itu menunjukkan Sharnaaz bertanyakan kepada para pengikut beliau di instagram apa yang sudah terjadi kepada dirinya dan beliau turut mengejutkan para pengikut dengan memakai sut tersebut.

Menjengah keruangan komen, video Sharnaaz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata rakan artis dan juga netizen sangat terkejut melihat Sharnaaz memakai sut tersebut kerana tidak menyangka pelakon berkenaan turut membeli sut itu demi melayani anaknya.

Netizen juga merasa terhibur malahan amat kagum dengan usaha yang ditunjukkan oleh Sharnaaz dalam melayani apa jua permintaan anaknya itu.  Berikut dikongsikan pula komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen diruangan komen hantaran berkenaan.

Walaupun pelakon dan usahawan tersebut mempunyai rutin harian yang padat dengan pelbagai urusan kerja, namun tanggungjawab beliau sebagai seorang bapa yang sangat penyayang dapat dilihat apabila beliau tidak pernah mengabaikan anaknya itu dan sering mencuba untuk memenuhi setiap permintaan anaknya. Sharnaaz juga sentiasa meluangkan masa untuk membuat aktiviti bersama anak kesayangannya itu.

Peminat berkata mereka juga terlalu geram dengan kecomelan wajah Jebat Jayden dan tidak jemu malahan sangat terhibur apabila melihat telatah Jebat bersama Sharnaaz. Kecomelan Jebat Jayden memang tidak dapat dinafikan lagi. Mudah-mudahan Sharnaaz sentiasa berbahagia dengan anaknya itu.

Sumber : ig sharnaaz ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!